BAHAGIAN PERTAMA
BAB KE TIGA
KONSEP IMAN DALAM ISLAM
Pengertian
Iman
Iman
dari kalimat bermakna keyakinan digunakan hanya untuk memberi makna keyakinan yang
benar terhadap Tuhan Allah yang Maha Haq (al-Haq) yang mempunyai segala sifat
kesempurnaan dan mustahil bersifat dengan sifat kekurangan. Kalimat iman tidak
digunakan bagi memberi makna keyakinan atau keimanan yang batil palsu dan
sesat.
Sekalipun
ada terdapat sepotong ayat al-Quran yang memberi pengertian iman yang batil
dalam ayat 72 surah an-Nahl; dalam ayat ini sebenarnya suatu ayat yang mencemuh
dan mengejek bagi manusia yang ingkar bukan memberi maksud pengertian iman yang
sebenar.
Hakikat
dan Pengertian Iman
Pengertian
Iman dari segi bahasa ialah: Aman, kepercayaan, keyakinan, membenarkan dan
ketundukan. Pengertian dari segi istilah pula ialah: Membenarkan dengan hati
dengan jazm (secara putus) akan segala yang di bawa oleh Nabi Muhammad saw. yang
thabit secara qat'ie dan yang diketahui secara dharuri.
Ulamak
Tauhid seterusnya memberi pendapat terhadap seseorang yang hanya mengakui
dengan hati ini apakah sudah memada dan sempurna atau belum dan apakah ia sudah
di anggap sebagai mukmin yang hakiki yang akan terlepas dari segala
kesengsaraan azab di akhirat atau masihkah ia belum sempurna lagi imannya ?
Jumhurul-Ulamak
berpendapat orang yang berpegang dengan keyakinan di bawah ini sahajalah orang
yang memiliki iman yang hakiki dan sempurna serta sejahtera hidup mereka di
dunia dan mereka terlepas dari ancaman azab Allah di akhirat iaitu mereka yang:
1.
Membenarkan dengan hati terhadap apa yang di bawa oleh Nabi Muhammad saw. dari
agama yang dharurah (perkara-perkara agama yang mudah diketahui seperti solat,
puasa dll.).
2.
Melafazkan dengan lidah, pengakuan Islam melalui lafaz Dua Kalimah Syahadah.
3.
Melaksanakan semua rukun-rukun iaitu melakukan segala perintah dengan
mengerjakan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang dengan anggota
badan yang lahir.
Mereka
yang tidak melengkapi ketiga-tiga perkara di atas dianggap masih belum menjadi mukmin hakiki dan mereka masih
lagi tidak terlepas dari ancaman siksaan Allah di akhirat kelak. Oleh itu
sayugia kita menjadikan diri kita melengkapkan diri kita dengan tiga perkara di
atas supaya kita terselamat dari ancaman azab Allah yang sangat dahsyat itu.
Huraian
Lanjut Tiga Perkara Di atas
1.
Membenarkan dengan hati secara jazam (pasti) terhadap apa yang
didatangkan (dibawa) oleh nabi Muhammad saw. seluruhnya tanpa ada kecuali
kepada setiap perkara yang mesti dan diketahui secara mudah, iaitu segala
perkara yang didatangkan oleh Nabi saw. yang mempunyai dalil yang qat'ie atau
dalil al-Quran atau as-Sunah yang jelas tanpa ada keraguan seperti wajibnya
solat atau haramnya riba.
Setengah
ulamak berpendapat bagi mereka yang sudah meyakini demikian dalam hatinya
mereka telah di anggap sebagai golongan orang yang beriman, manakala melafazkan syahadah dengan lidah
sebagai tuntutan duniawi di mana ia boleh berurusan dan bermuamalah sesama
Islam seperti nikah kahwin, memakan sembelihan mereka juga boleh menjadi imam
dalam sembahyang, apabila
ia mati nanti boleh masyarakat Islam menguruskan jinazahnya secara Islam
disembahyangkan dan dikuburkan menurut peraturan Islam.
Berhubung
dengan melaksanakan segala perintah pula, ia hanya sebagai penyempurnaan kepada
iman sahaja dan sekiranya ia tidak beramal ia hanya termasuk ke dalam golongan
fasikin atau orang mukmin 'asi (mukmin yang durhaka) dan ia di anggap masih
lagi termasuk dalam golongan orang Islam.
Jumhurul-Ulamak
dari kalangan fuqahak dan muhaddisiin mereka menyatakan kesempurnaan Iman atau
iman yang hakiki adalah golongan yang memiliki tiga perkara di atas, sekiranya
tidak ada salah satu darinya akan mencacatkan keimanan seseorang. Ini kerana
membenarkan dengan hati merupakan suatu perkara yang tidak boleh tidak mesti
ada kerana keyakinan itu sendiri merangkumi makna iman, kalau sekiranya
keyakinan atau membenarkan di dalam hati tidak ada, maka tidak ada makna dua
perkara yang berikutnya, iaitu mengucap Dua Kalimah Syahadah dan melaksanakan
segala perintah.
2.
Melafazkan Dua Kalimah Syahadah dengan lidah (lisan). Iaitu suatu
pengakuan serta pengistiharan untuk menjadi seorang Islam; dengan pengucapan
Dua Kalimah Syahadah itu maka ia telah diterima dan di anggap sebagai seorang
Islam.
Apa
yang dimaksudkan dengan melafazkan dengan lidah pula adalah suatu perkara yang
tidak kurang pentingnya, kerana pernyataan atau pengistiharan keimanan dengan
mengucapkan Syahadah merupakan suatu pengakuan yang mana dengan ucapan tersebut
maka ia telah menjadi anggota keluarga Islam yang besar (Golongan Umat Islam)
yang susah dan senang, hidup dan matinya tetap bersama, tidak ada batas
sempadan geografi, bangsa, warna kulit dan sebagainya, kerana mereka telah di
satu dan dipadukan menjadi saudara seagama dengan kalimah Tauhid yang
diucapkannya itu. Oleh itu pengucapan Syahadah dengan lidah ini sangat penting
kerana tujuan penggabungan seseorang itu dengan saudara-saudara mereka sesama
Islam.
Begitu
juga, pengucapan Syahadah dengan lidah ini ia berhak pula mendapat layanan
sebagai anggota keluarga dalam Islam. Jika mereka tidak mengistiharkan
Keislaman mereka dengan pengucapan Syahadah, mungkin mereka tidak mendapat hak-hak
sebagai seorang warga Islam (muslim) lainnya seperti kalau mati tidak
disembahyang dan didoakan, atau tidak dikuburkan di dalam perkuburan Islam,
atau tidak dimakan sembelihan mereka, atau tidak boleh diwarisi dan mewariskan
hartanya, atau tidak boleh menjadi wali nikah dan sebagainya.
3.
Melaksanakan segala rukun-rukun (segala perintah). Melaksanakan
segala perintah pula penting sebagai bukti keimanan yang sebenar yang tersemat
dilubuk hatinya. Ini kerana apabila seseorang itu percaya dan yakin sesuatu itu
baik dan memberi faedah kepada hidupnya, mereka akan berusaha dengan
bersungguh-sungguh bagi mendapatkannya, sekalipun susah dan sukar. Inilah
kebiasaan dan lazimnya manusia di dalam dunia ini.
Begitu
juga apabila mereka sudah yakin terhadap Islam yang boleh menyelamatkan mereka
dari kesusahan dunia dan azab keseksaan neraka di akhirat kelak pasti mereka
mencari jalan bagi menghindarkannya, dan jalannya tidak ada lain melainkan apa
yang telah diyakini yang datang dari Allah swt. melalui Rasul-Nya Nabi Muhammad
saw.
Banyak
ayat-ayat al-Quran yang menyebutkan iman kemudian diikuti dengan amal soleh
antaranya ialah:
Firman
Allah swt. maksudnya: "Dan allah telah berjanji kepada orang- orang
yang beriman di antara kamu dan (orang-orang) yang beramal saleh bahawa Allah
sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di bumi, sebagaimana Dia telah
menjanjikan orang-orang yang sebelum mereka dan Dia sungguh-sungguh akan
meneguhkan bagi mereka, dan Dia sungguh-sungguh akan menukar (keadaan) mereka,
sesudah mereka berada dalam ketakutan menjadi aman damai, selama mereka
menyembah Aku, tanpa menyengutukan Aku dengan sesuatupun, dan barang siapa yang
kafir selepas itu maka mereka itulah orang-orang fasik". (al-Baqarah:
126)
Kesimpulannya
ketiga-tiga perkara di atas ini akan dapat menjelaskan serta dapat membezakan
kepada kita empat golongan manusia yang Allah sebutkan di dalam Al-Quran iaitu
mukmin, kafir, fasik dan munafik.
Orang
mukmin yang hakiki mereka yang ada pada dirinya ketiga-tiga ciri dan aspek di
atas, dan merekalah yang akan mendapat kemenangan, kesejahteraan dan terlepas
dari ancaman azab dari Allah swt.
Orang
kafir pula adalah mereka yang tidak membenarkan apa-apa yang di bawa oleh Nabi
sebagaimana yang tersebut dalam ciri pertama.
Dan
orang fasik adalah mereka yang masih meyakini dan mebenarkan dengan apa yang
dibawa oleh Nabi saw. tetapi mereka tidak taat kepada perintah Allah dan
Rasul-Nya.
Munafik
adalah mereka yang melafazkan Islam dengan lidahnya sahaja tidak dengan
hatinya, atau menlahirkan keislamannya tetapi menyembunyikan kekafirannya,
mereka tidak membenarkan apa yang dibawa oleh Nabi saw. dengan hati mereka.
Pengakuan keimanan mereka hanya sebagai mencari kepentingan dunyawi semata-mata, ia itu untuk
menyelamatkan diri mereka dari tindakan dan tekanan orang Islam ke atas mereka.
Tanda-Tanda
Kesempurnaan Iman
Selain
dari perkara di atas, kesempurnaan iman seseorang itu di lihat dari
kesempurnaannya dalam amalan yang sempurna dari segi zahir dan batin, amalan
mereka hendaklah ikhlas dan jauh dari sifat riak dan perkara-perkara lain yang
merosakkan keikhlasan.
Kesempurnaan
iman seseorang itu terpancar dari hati mukmin dan dapat di lihat pengaruhnya
dalam kehidupan seseorang, seperti sifat-sifat mulia menjauhi sifat keji dan
tercela, rasa takut dan gementar terhadap pencabulan larangan Allah, bahkan ia
merasa malu terhadap dirinya yang masih belum bersedia mengakui kesalahan dan
jenayah yang dilakukan dalam hidupnya.
Kesempurnaan
iman juga menjadikan seseorang itu tawadhu' tunduk menyerah diri, menyerah dan
tawakkal kepada Allah yang Maha Berkuasa, yang mempunyai segala sifat keagungan
dan sifat-sifat kesempurnaan.
Kesempurnaan
Iman juga dapat di lihat dari pengorbanan seseorang itu kepada Islam sama ada
tenaga, harta, masa dan nyawa mereka, segala sesuatu disembahkan untuk Allah
dalam rangka pengabdian diri kepada-Nya semata-mata.
Firman Allah maksudnya: "Sesungguhnya
solatku, ibadahku, hidupku dan matiku untuk Allah (Tuhan) Rabbul-'Alamiin".
(al-An-An'aam: 162)
Ahad, 16
Oktober 2005