BAB KE DUA PULUH SATU


PETIKAN ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM – (Wilayah Persekutuan)
 

Pendahuluan

Hampir semua negeri di Malaysia melaksanakan Akta/Enekmen Undang-Undang Keluarga Islam. Oleh itu semua urusan perkahwinan, perseraian rujuk dan hal hal yang berkaitan dengan kekeluargaan Islam tertakluk kepada Akta Enekmen Undang-Undang Keluarga Islam.

Objektif Perlaksanaan Akta Enekmen Undang-Undang Keluarga Islam

1. Mempastikan urusan kekeluargaan umat Islam mengikut kehendak al-Quran dan as-Sunnah.

2. Menentukan pentadbiran dan pengurusan kekeluargaan Islam lebih berkesan dan teratur.

3. Meningkatkan maruah dan mertabat cara hidup berkeluarga umat Islam.
 
 

ISU-ISU PENTING MENGENAI PERKAHWINAN

a) Permohonan Kahwin

Bagi setiap umat Islam yang ingin berkahwin mestilah membuat permohonan dengan Penolong Pendaftar Nikah yang terdapat di tempat kediaman masing-masing. Menurut kebiasaannya Tuan Imam yang terdapat di setiap masjid adalah ditauliahkan sebagai Penolong Pendaptar Nikah.

Semasa mengemukakan borang permohonan nikah kepada Penolong Pendaftar Nikah pemohon mestilah membuktikan mengenai setatus perkahwinannya sama ada bujang, duda atau janda dengan membawa.

1. Dua orang saksi;

2. Surat pengesahan majikan (jika berkenaan);

3. Surat cerai bagi duda/janda atau surat mati suami/isteri yang mana berkenaan;

4. Kad perakuan memeluk Islam (jika saudara baru);

5. Bagi pemohon perempuan hendaklah mendapatkan persetujuan wali;

6. Surat sumpah (jika diperlukan) dan

7. Kad pengenalan.

Jika pemohon itu melibatkan warganegara asing syarat tambahan yang dikenakan ialah:

1. Surat kebenaran dari kedutaan;

2. Dokumen perjalanan yang sah.

b) Tempat akad nikah

Setiap akad nikah hendaklah diadakan di tempat perempuan bermustautin. Oleh itu permohonan pihak lelaki yang telah lengkap di isi dan telah diluluskan oleh Pendaftar/Kadhi hendaklah diserahkan kepada pihak perempuan untuk disatukan permohonan itu dan diserahkan semula kepada jurunikah.

c) Wali Hakim

Setiap perempuan yang ingin berkahwin, pastikan mereka mempunyai wali yang sah mengikut susunan wali. Bagi mereka yang tidak mempunyai wali seperti anak luar nikah, anak angkat yang tidak mengetahui di mana asal usul keturunannya, wali enggan, wali menunaikan haji atau umrah, wali hilang dan mereka yang tiada mempunyai ahli keluarga. Bagi mereka yangmempunyai masalah wali maka mereka hendaklah menujuk kes mereka di Pejabat Kadhi yang berhampiran dengan tempat tinggal.

d) Perkahwinan Bawah Umur

Di Wilayah Persekutuan, perkahwinan di bawah umur 16 tahun bagi perempuan dan 18 tahun bagi lelaki hendaklah mendapat kelulusan dari Mahkamah Syariah. Walau bagaimanapun di setengah negeri, perkahwinan bawah umur tiada sekatan.

e) Permohonan Poligami

Seorang lelaki yang berpologami hendaklah membuat permohonan ke Mahkamah Syariah di daerah isteri yang sedia ada. Semasa perbicaraan isteri yang sedia ada akan dipanggil untuk memberi keterangan tentang latar belakang rumahtangganya. Ketika membuat keputusan permohonan poligami, Mahkamah Syariah akan membuat pertimbangan dari segi:

1. Keuzuran isteri yang sedia ada;

2. Pemohon mempunyai kemampuan;

3. Pemohon berupaya memberi layanan yang adil;

4. Perkahwinan itu tidak memudaratkan isteri yang sedia ada;

5. Tidak menghaifkan tanggungan.

Kelulusan berpoligami adalah hakmutlak Mahkamah Syariah sama ada seseorang pemohon itu layak atau tidak berdasarkan unsur-unsur tersebut.

f) Perkahwinan Luar Negeri

Setiap pemohon yang hendak berkahwin di luar Malaysia hendaklah terlebih dahulu mendapat kelulusan dari pejabat Kadhi ditempat tinggalnya. Kemudian selepas kembali ke Malaysia dia hendaklah mendaftarkan semula perkahwinannya.

g) Kedudukan Perkahwinan Non-Muslim Selepas Memeluk Islam

Apabila kedua-dua pasangan suami isteri non-muslim memeluk Islam, maka perkahwinannya sebelum Islam itu sah diiktiraf oleh Islam. Mereka cuma dikehendaki mendaftarkan semua perkahwinannya untuk dikeluarkan surat nikah yang baru. Walau bagaimanapun, jika salah seorang sahaja yang memeluk Islam,

maka perkahwinan mereka dengan sendirinya terfasakh (terbubar) setelah disahkan oleh Mahkamah Syariah. Sekiranya yang satu lagi itu memeluk Islam dalam tempoh eddah, maka mereka di anggap pasangan suami isteri yang sah, jika mereka mahu.

ISU-ISU PENTING MENGENAI PERCERAIAN

a) Kebenaran

Perceraian yang dibuat tanpa kebenaran Mahkamah adalah perceraian dibuat di rumah atau di tempat-tempat lain di laur mahkamah secara tergesa-gesa. Bagi perceraian yang dibuat tanpa kebenaran mahkamah ini, maka suami atau isteri hendaklah melaporkan ke Mahkamah Syariah untuk didaftarkan. Perceraian yang dibuat tanpa kebenaran mahkamah adalah menjadi kesalahan yang boleh didenda RM1,000-00 atau penjara 6 bulan ataun kedua-duanya sekali.

b) Permohonan Cerai

Bagi suami isteri yang mempunyai masalah rumah tangga dan kemungkinan pula mahu bercerai, maka mereka hendaklah membuat aduan dan mengemukakan masalah mereka kepada Unit Perunding dan Pembangunan Keluarga, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. Peranan Unit ini ialah untuk mendamai dan mencari jalan menyelamatkan rumah tangga tersebut. Jika tiada jalan keluar/menemui jalan buntu, maka kes itu akan di bawa ke Mahkamah Syariah untuk mencari penyelesaian terakhir.

Semasa mengemukakan kes perceraiannya, pemohon (suami dan isteri) dikehendaki mengemukakan alasan-alasan untuk bercerai dan butir-butir tuntutan (perkara-perkara yang hendak dituntut).

c) Jenis-Jenis Perceraian

i- Perceraian Biasa

Apabila usaha-usaha perdamaian menemui jalan buntu dan kedua-dua suami dan isteri bersetuju untuk bercerai, maka mahkamah akan memerintahkan suami melafazkan cerai kepada isterinya sekiranya isteri mahu bercerai. Jika suami masih sayang dan tidak mahu menceraikan isterinya maka mahkamah akan melantik satu jawatankuasa pendamai untuk mendamaikan. Jika tiada jalan penyelesaian, kes ini akan diserahkan kepada Jawatankuasa Hakam yang mempunyai bidang kuasa menceraikan pasangan tersebut.

ii- Perceraian Khuluk

Perceraian cara ini biasanya atas kehendak isteri sama ada isteri benci kepada suami kerana kelakuan buruk suaminya atau isteri tidak ada penyesuaian hidup dengan suaminya. Perceraian ini boleh berlaku jika si isteri menawarkan bayaran tertentu kepada suami dan suami bersetuju dengan bayaran itu maka mahkamah memerintahkan suami melafazkan cerai berdasarkan Tebus Talak.

iii- Perceraian Ta'aliq

Biasanya selepas majlis akad nikah suami membaca lafaz Ta'aliq perjanjian suami kepada isteri seperti :

-suami tidak boleh meninggalkan isteri lebih 4 bulan berturut-turut

- Suami tidak memberi nafkah lebih 4 bulan

- Suami menganiaya/menyiksa isteri

Jika terdapat bukti suami melanggar taaliq dan isteri tidak mahu lagi tinggal bersama suaminya, maka isteri bolehlah membuat permohonan cerai cara taaliq.

iv- Perceraian Melalui Fasakh

Seorang isteri boleh memohon kepada mahkamah Syariah supaya perkahwinannya dibubarkan (difasakhkan) jika isteri mempunyai alasan tertentu. Alasan-alasan itu ialah jika:

- Suami hilang selama setahun

- Tidak memberi nafkah selama tiga bulan

- Suami telah dihukum penjara selama 3 tahun

- Suami mati pucuk

- Suami gila melebihi setahun atau berpenyakit kelamin

- Perkahwinan tidak sekufu

- Suami menganiaya isteri, memaksa isteri hidup lucah, suami tidak berlaku adil dan suami

menghalang isteri malakukan suruhan agama.

- Murtad

- Lain-lain perkara yang dibenarkan oleh Undang-Undang Islam

d) Selepas Perceraian; Apakah Hak Isteri yang Perlu Dituntut

Isteri boleh menuntut

    1. Nafkah Iddah Isteri boleh menuntut nafkah semasa dalam tempuh iddah jika perceraian itu berpunca dari suami dan jika isteri tidak nusyuz.
    2. Mutaah- Pembayaran sagu hati yang wajib diberi oleh suami jika perceraian itu berpunca dari suami.
    3. Hak Jagaan Anak- Anak-anak yang belum mumaiyyiz (di bawah umur 7 tahun atau 8 tahun) maka
    4. anak-anak itu di bawah jagaan ibu. Kalau anak itu sudah mencapai mumaiyyiz maka anak itu diberi pilihan sama ada mahu tinggal bersama bapa atau ibu.
    5. Tanggungan Nafkah Kepada Anak-Anak - Bapa wajib menyara perbelanjaan anak-anak itu sehingga mereka boleh berdikari, kalau anak perempuan sehingga dia berkahwin.
    6. Harta Sepencarian. Ialah harta yang didapati dan diperolehi dalam tempuh berkahwin. Seorang isteri yang tidak bekerja berhak juga menuntut harta sepencarian.
    7. Tunggakan Hutang - Isteri boleh juga menuntut hutang-hutangnya daripada suami seperti hutang nafkah, pinjaman biasa, hutang maskahwin dan sebagainya. Dalam kes tuntutan ke atas hak-hak tersebut adalah lebih baik menggunakan Peguam Persendirian atau Biro Bantuan Guaman.

e) Kesalahan-Kesalahan

Bagi mereka yang membuat kesalahan yang berlawanan dengan kehendak Akta Enekmen Undang-Undang Keluarga Islam, maka mereka boleh didenda RM1,000-00 atau penjara 6 bulan atau kedua-duanya sekali. Perkara-perkara yang menjadi kesalahan ialah:

- Memberi butir-butir palsu semasa permohonan kahwin

- Poligami tanpa kebenaran kahwin

- Perceraian yang dibuat di luar mahkamah sebab tanpa kebenaran mahkamah

- Tidak membuat laporan mengenai hal-hal perkahwinan, perceraian dan rujuk.

- Suami meniggalkan langsung isteri

- Suami menganiaya isteri

- Suami tidak memberi keadilan yang sewajarnya kepada isteri

- isteri tidak menurut perintah

- Enggan mematuhi perintah mahkamah

- Bersubahat

Pengeluaran Sijil Cerai

Sijil cerai dikeluarkan kepada mereka yang bercerai selepas bekas isteri tamat iddahnya.
 
 

Penutup

Semoga dengan pembentangan ringkas ini dapat membantu tuan/puan memahami pelaksanaan Undang-Undang Keluarga Islam di negeri ini.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Khotimah

Kita panjatkan kesyukuran kehadhrat Allah swt. yang telah memberikan kepada kita semua ni'mat iman dan Islam. Maka dengan hidayah dan pertolongan-Nya dapat disiapakan buku kecil yang tidak sepertinya ini yang sudah tentu terdapat banyak kekurangan dan kesilapan.

Apa yang saya harapkan tidak lain dari memohon keampunan dari Allah swt. yang Maha Bijaksana dan Maha Mengetahui terhadap kesilapan tersebut dan juga harapan saya kepada para pembaca sekalian supaya dapat menegur dan membetulkan kesilapan dan kesalahan semoga Allah mengampuni kita semua.

Apa yang menjadi harapan saya juga ialah supaya usaha yang sedikit an kecil ini benar-benar saya lakukan kerana mencari keradhaan Allah swt. dan semoga ia berguna dan berfaedah kepada kita semua.

Bagi pihak diri saya semoga Allah menjadikannya sebagai suatu amal soleh yang memberi manfaat kepada saya dan semua di dunia dan di akhirat kelak.

Saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang telah membantu dalam usaha mencetak dan menerbitkan buku kecil ini bagi faedah semua masyarakat Islam pada umumnya dan para belia dan beliawanis khususnya.

Ya Allah ! Saya pohonkan keampunan dari-Mu dari segala dosa, untuk kedua ibu bapa saya, anak isteri saya, guru-guru saya, kaum keluarga saya dan seterusnya kepada kaum muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat seluruhnya hingga hari kiamat.

Amin ! Yarabbal-'Alamiin.
 
 
 
 

Sekian, terima kasih.
 
 



--- Wallaahu A'lam ---







 

Disediakan oleh:

Abu Ahmad Syakir

1-132, Jalan Pelindong 1

26100 Beserah

Kuantan.

Thursday, 13 March, 2003


 

 

 

Buku-Buku Bacaan dan Rujukan


1. Al-Quraanul-Karim dan terjemahannya.

2. Tafsir al-Quraanul-Karim.

2. Al-Marbawi, (Dr.) Muhammad Idris, Bahrul-Mazi, Syarah Mukhtasar shoheh at-Tirmizi.

3. Ahmad, Ust. Hj. Idris, Fiqh as-Syafi'ie, Penerbitan Wijaya, Jakarta.

4. Al-Ansaary, Syaikhul-Islam Abi Yahya Zakaria, Fathul-Wahhaab, Mesir 1948.

5. Hakim, Ust. Abdul Hamid, al-Muinul-Mubin, (Terjemahan Syarif Zaini Daud).

6. Al-Ghazali, Abu Hamid, Ihya Ulumuddin.

7. Rasjid, Sulaiman, Fiqh Islam.

8. As-San'ani, Muhammad bin Ismail, Subulus-Salam, al-Qahirah.

9. As-Syukani, Nailul-Authaar, al-Qahirah.

10.Al-Mahali, Jalaluddin, Syarah Minhajut-Talibin, al-Qahirah.

11.Al-Malibari, Syeikh Zainuddin Ibn Ab Aziz, Fathul Muin, al-Qahirah.

12.Fathani, Syeikh Muhammad bin Ismail Daud, Matla'ul-Badrain, Pulau Pinang.

13.Ust. Syafie Muhammad Zain, Pelajaran Fiqh. Dewan Bahasa dan Pustaka.

14.As-Shiddieqy, Prof.T.M.Hasbi, Al-Islam, Bulan Bintang, Jakarta.

15.Abu Zurah, Muhammad, al-Ahwalus-Syakhsiyah, Daarul-Fikr, al-Qahirah.

16.Koleksi Kertas Kerja Kursus Perkahwinan dan Kekeluargaan Islam

17.H MD Ali Alhamidy, Islam dan Perkahwinan, Pt Alma'arif, Bandung
 
 




-----ooOoo-----