cYber kefahaman islam

Bahagian Kedua

BAB KE LAPAN
 

IDEOLOGI-IDEOLOGI CIPTAAN MANUSIA dan ANCAMANNYA TERHADAP AQIDAH ISLAM

Pendahuluan

Suatu perkara yang tidak kurang dahsyat ancamanya terhadap iman dan tauhid adalah pengajaran atau ideologi-ideologi ciptaan manusia kerana ia boleh menyesat dan boleh menjadikan mereka yang meyakininya akan menjejaskan keimanan mereka terhadap Allah swt.

Kita telah memahami dan mempelajari bahawa Islamlah satu-satunya pegangan dan keyakinan hidup kita sebagai ad-deen yang lengkap dan mencakupi segala sistem hidup ini dan Allah tidak akan menerima sistem yang lain sebagai keyakinan dan pegangan hidup seseorang. Oleh itu apabila ia telah mengambil sesuatu sistem yang lain dari apa yang tidak diredai oleh Allah dari berbagai sistem ciptaan manusia, ini merupakan suatu penghinaan kepada Islam dan kepada Allah itu sendiri. Akibat dari itu akan terjejas imannya.

Mengambil serta meyakini suatu sistem atau peraturan ciptaan manusia bererti seseorang itu telah mengambil keputusan bahawa sistem Islam itu tidak sesuai atau tidak diyakini dapat menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi oleh manusia sedangkan sistem dan peraturan Islam merupakan ciptaan Allah yang Maha Bijaksana dan maha mengetahui. Keyakinan yang seperti ini dengan sendirinya menghina dan memperkecilkan kemampuan dan kebijaksanaan Allah dalam menggubal dan membuat undang-undang dan peraturan yang dapat meyelesaikan masalah hidup yang dihadapi oleh manusia.

Dengan yang demikian manusia itu telah menyamai atau menandingi Allah dalam mencipta peraturan dan undang-undang, dengan itu ia telah memperkecil dan menghina undang-undang ciptaan Allah dan Zat Allah itu sendiri. Perbuatan dan keyakinan yang demikian akan membawa akibat kepada musnahnya keimanan seseorang.

Sebagai seorang mukmin tidak wajar sama sekali mengambil sistem lain yang tidak di izin dan diredai oleh Allah di gabungkan dengan Islam sekalipun dengan yang niat baik apatah lagi kalau dengan niat jahat dan ingin menghancurkan Islam. Ungkapan-ungkapan sumbang yang tidak wajar itu sering meluncur dari lidah-lidah orang yang mengaku Islam seperti "Islam sesuai dengan Sosialisma, Islam sesuai dengan Komunisma, Islam sesuai dengan Nasionalisma. Islam sesuai dengan Kapitalisma dan sebagainya."

Islam sudah cukup lengkap sebagaimana yang kita yakini, Islam adalah sempurna sebagai ad-deen suatu sistem hidup yang mencakupi segala aspek dan dapat menyelesaikan segala permasalah manusia seluruhnya. Ideologi-ideologi ciptaan manusia adalah sangat lemah dalam menangani permasalahan hidup manusia dan suatu contoh yang paling jelas ialah kehancuran sistem Komunis yang bukan sahaja gagal tetapi telah ternyata membawa kepada kesengsaraan hidup manusia dan apa yang menyedihkan lagi ialah Ideologi Komunis yang sesat itu telah memakan banyak korban jiwa manusia dengan sia-sia dan di dalam kesesatan sejak ia di lahirkan dahulu sebelum ia menemui ajalnya.

Apa yang telah terjadi kepada Komunisma itu juga akan berlaku kepada lain-lain ideologi ciptaan manusia seperti Kapitalisma dan sebagainya. Apa yang kekal dan abadi adalah Islam kerana ia merupkan ciptaan Allah yang Maha Bijaksana sebagai ajaran yang dapat menagani dan menyelesaikan segala permasalahan manusia dan dapat memenuhi fithrah semula jadi manusia itu sendiri.

Huraian Ringkas Terhadap Beberapa Ideologi Ciptaan Manusia

Kelahiran ideologi ciptaan manusia ini bermula dari gerakan orang-orang yang belajar ilmu keduniaan melulu tanpa di sertai oleh iman dan akhlak, mereka mempelajari berbagai bidang ilmu pengetahuan semata-mata untuk mencari kesenangan hidup di dunia tanpa menghiraukan keperluan rohani dan hari akhirat, pada akhirnya mereka telah tersesat.

Ilmu yang terlepas dari norma-norma akhlak dan kerohanian akan menimbulkan golongan manusia yang pincang dan songsang akhirnya tenggelam dalam alam kebendaan melulu. Maka dari sini lahirlah apa yang di namakan zaman falsafah Materialisma Dialiktika (Dialictical Materialisme) yang melahirkan fahaman dan aliran pemikiran atau ideologi seperti Sekularisma, Lebralisma, Marxisma, Sosialisma, Komunisma, Kapitalisma, Nasionalisma, Pragmatisma dan sebagainya.
 
 

1. Sekularisma

Sekular bererti masa kini, di dunia ini tidak ada zaman dan masa kemudian atau hari akhirat. Berdasarkan kepada fahaman Sekular ini setiap apa juga yang di lakukan oleh manusia di dunia ini terpisah dengan kepentingan alam akhirat

Difahamkan dari kenyataan di atas Sekularisma adalah suatu fahaman yang memisahkan agama dengan kegiatan hidup dunia seperti pemisahan agama dari politik dan pemisahan agama dari urusan dan pentadbiran negara.

Sekularisasi pula ialah suatu gerakan pemisahan antara urusan agama (Islam) dengan urusan kehidupan dunia. Berpunca dari gerakan Sekularisasi inilah timbul berbagai aliran fikiran dan fahaman yang kemudiannya dikenali dengan ideologi-ideologi yang berkembang di kalangan manusia hari ini.

Islam bukan sekadar agama retual sebagai sifatnya agama-agama lain seperti agama Kristian Budha dan sebagainya, tetapi Islam adalah lebih luas dari makna agama, Islam adalah ad-deen suatu sistem dan cara hidup yang lengkap dan sempurna. Tetapi gerakan Sekular mahu memisah dan memencilkan peranan Islam dalam menangani dan menyelesaikan persoalan dan permasalahan umat dan mereka cuba hendak meyamakan Islam dengan agama-agama lain yang tidak mempunyai peranan dalam urusan keduniaan. Oleh itu kedengaranlah suara-suara sumbang dari kalangan pendukung-pendukung fahaman sekular ini seperti tidak ada hubungan antara politik dengan agama dan sebagainya.

2. Kapitalisma

Kapitalisma sering digunakan untuk memberi pengertian tentang bentuk perekonomian tertentu di mana masyarakat bebas membangunkan ekonominya dengan pemilikan alat-alat produksi secara peribadi, perusahaan-perusahaan bebas mencari keuntungan. Manusia bebas untuk melakukan persaingan dalam usaha, juga pengeluaran atau produksi untuk merebut pasaran.

Akibat dari kebebasan yang tidak terbatas dalam mencari keuntungan-keuntungan kebendaan maka suasana masyarakat menjadi berpecah kepada dua kelompok. Kelompok manusia kaya yang mempunyai modal dipanggil kaum pemodal atau kaum bangsawan dan satu kelompok manusia lagi dipanggil sebagai golongan pekerja terdiri dari rakyat miskin, tertindas mengharap belas kasihan golongan pemodal atau kaum bangsawan. Dari keadaan yang tidak seimbang itu lahirlah berbagai penyakit masyarakat yang dibawa oleh suatu fahaman yang tidak sesuai dengan tabie manusia antara lain:

1. Masyarakat menjadi materialistik, menyembah dan mengabdi kepada kebendaan.

2. Masyarakat menjadi ego, gila kuasa, hilang kesusilaan, kering dengan kerohanian, menjadi athies, takabbur dan sombong serta berbagai lagi sifat keji lainnya tersebar luas.

3. Timbul kelompok kecil yang kuat dari segi ekonominya menguasai kelompok yang lebih besar

tetapi lemah dan miskin.

4. Kapitalisma melahirkan manusia-manusia yang tamak dan haloba, ia bernafsu untuk menakluk dan menjajah negara dan bangsa lain.

5. Jurang perbezaan sosial dan ekonomi menjadi bertambah dalam, yang kaya menjadi bertambah

kaya dan yang miskin akan bertambah miskin dan menderita.

6. Timbul ketidak seimbangan di atara masyarakat, manusia terdedah kepada berbagai ancaman yang

menakutkan seperti kemiskinan, kebuluran, jenayah dan sebagainya.

7. Timbul berbagai penyakit kejatuhan ahklak kepada pemimpin dan rakyat seperti rasywah,

penyalahgunaan kuasa, kezaliman dan sebagainya.

3. Sosialisma dan Komunisma

Ideologi Sosialis merupakan suatu fahaman yang bertentangan dengan Ideologi Kapitalis. ia diasaskan oleh Karl Heinrich Marx bangsa Yahudi. Sosialisma merupakan suatu ideologi yang menafikan adanya Tuhan dan alam kerohanian, ini kerana Sosialisma adalah percikan dari Falsafah Kebendaan yang diasaskan oleh Hegel dan dikembang oleh Marx.

Asas-asas pengajarannya ialah sebagai berikut:

1. Mengambil Falsafah Kebendaan (Dialictikal Materialisme)sebagai asas_dan pokok pengajarannya.

2. Perjuangan Kelas (Class Strugle)

3. Pengagihan Kekayaan secara merata

4. Megingkari Agama (wahyu)

5. Mengingkari norma-norma ethika (nilai kerohanian) dan nilai ethika mereka ialah (Class Strugle)

Sebagaimana angan-angan golongan Kapitalis ingin membawa masyarakat dan negara hidup dalam keadaan aman, makmur dan sejahtera tetapi Kapitalis telah ternyata gagal dalam menangani permasalah manusia; begitu juga Sosialisma dan Komunisma juga telah gagal bahkan ideologi ini pada kesudahannya telahpun tewas dan runtuh dalam masa tidak sampai atu abad, Pernah disuarakan ketika Soviet Union dalam ketenatan untuk menemui ajalnya; Imam Khomaini telah mendakwahkan pemimpin-pemimpin Soviet itu supaya memasukan Sosialisma dan Komunisma itu ke dalam muzium dan menganjurkan supaya mereka meninjau dan mempelajari Islam pula sebagai alternatifnya.

Dalam usaha hendak merialisasikan pengajarannya, Komusnisma telah mengambil jalan kekerasan dan revolusi seperti apa yang telah berlaku dalam revolusi Rusia dan China dan mereka telah mengambil suatu cara yang paling kejam dan dahsyat dalam membasmi penentang-penentangnya dengan membunuh dan menyeksanya. Oleh kerana sistem komunis dan sosialis ini bercanggah dengan fithrah semula jadi manusia maka ia telah hancur dan musnah dengan sendirinya, yang kekal hanyalah Allah dan sistem hidupnya iaitu cara hidup Islam.

4. Nasionalisma

Nasionalisma adalah suatu ideologi sempit yang berasaskan pengajarannya kepada cintakan kepada bangsa dan negara mengatasi segala-galanya. Segala tindakannya berasaskan kepada kepentingan bangsa dan negara dan kepentingan ini mengatasi yang lain-lainya. Fahaman ini boleh membawa kepada suatu tidakan yang bertentangan dengan sifat keadilan semula jadi pada hidup manusia kerana fahaman nasionalis ini tidak ada suatu garis panduan yang tegas dan dapat dipertanggungjawabkan ,berbeza dengan Islam yang jelas dan tegas kerana ia jelas bersumberkan kepada wahyu Ilahi.

Tindakan kaum nasionlis berdasarkan kepada kepentingan bangsa dan negara yang bersifat sempit dan tidak ada suatu dasar nilai baik buruk melainkan mengikut kepentingan dasar asas tadi, maka dengan itu dasar ini akan membawa kezaliman kepada bangsa-bangsa dan negara-negara lain yang berlainan bangsa dan keturunan mereka.

Ideologi ini lahir di Barat yang sudah kehilangan pedoman dan matlamat hidup mereka dan masyarakatnya yang bersifat materialistik. Bagi orang-orang Islam; mereka sudah cukup dan memada dengan Islam yang bersumberkan wahyu Ilahi dalam menyelesaikan segala persoalan hidup mereka.

Dasar-dasar Nasionalisma ini bolehlah disimpulkan sebagai berikut:

1. Ideologi sempit yang mempunyai dasar kepentingan untuk sesuatu kelompok bangsa dan negara.

Memenolak prinsip keadilan Islam yang sejagat, memandang sepi terhadap kepentingan golongan

lain yang tidak sebangsa dengannya.

2. Lebih mengutamakan nilai-nilai bangsanya, dan memandang remeh terhadap nilai-nilai yang lain

termasuk nilai-nilai Islam.

3. Dasar utamanya ialah mengutamakan bangsanya dalam segala perkara.

Nasionlisma ini adalah suatu fahaman yang menyerupai dengan Ashobiyah Qaumiyah atau fahaman Kebangsaan yang sempit dan tidak sesuai dengan Islam, kerana ia merupakan lahir dari Barat. Suatu fahaman ciptaan Barat yang terlepas dari ikatan dan nilai-nilai budaya Islam yang suci dan unggul.

Kesimpulan

Bagi umat Islam yang benar-benar yakin beriman dengan Allah sudah memada dan mencukupi Islam sebagai sistem hidup mereka yang lengkap dan sempurna tidak perlu lagi mengambil sistem dan falsafah lain ciptaan manusia yang bercanggah dengan dasar dan akidah Islam yang suci murni itu. Allah telah berfirman di dalam surah al-Maidah ayat ketiga tentang lengkap dan sempurnanya pengajaran Islam itu dan hanya Islamlah sistem hidup yang paling sesuai dengan fithrah insaiah.

Ada lagi beberapa Ideologi dan fahaman ciptaan manusia yang berkembang dalam masyarakat hari ini seperti Zinonisma yang memperjuangkan kewujudnya suatu negara Yahudi seluruh dunia. Pragmatisma suatu fahaman yang menyesuaikan segala perjuangannya mengikut kehendak masyarakat terbanyak, fahaman seperti ni sesuai dengan konsep dan kehendak fahaman Demokrasi yang Sekular itu.

Selain dari itu ada juga sejenis fahaman dan pengajaran yang dicipta oleh manusia ini seperti Liberalisma yang berasaskan kepada suatu kehidupan yang bebas tanpa batas dan ada banyak lagi fahaman lain yang tidak disebut di sini dengan kerana kurang berkembang dan kurang mendapat tempat dalam kalangan masyarakat manusia.