السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

 

Sekelumit Mengenali Liku-Liku Jalan Dakwah

 

 

 

بسم الله الرحمن الرحيم

 

 الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على اشرف المرسلين و امام المتقين وقائد المجاهدين سيدنا محمد النبى الامين وعلى اله وصحبه ومن تبع هداهم الى يوم الدين.

 

 

Pra-Kata

 

            Kita sedia maklum bahawa tidak yang sempurna melainkan Allah tuhan yang Maha Mengetahui, dalam setiap jamaah[1] di sana ada kelebihan dan kekurangan ada kekuatan dan ada kelemahan. Walau bagaimana sekalipun kita sebagai anggota Jamaah Islamiah wajib berusaha untuk melaksanakan islah di mana terdapat kekurang dan kelemahan yang mungkin boleh diperbaiki dengan izin Allah swt .

            Anggota dalam mana-mana Jamaah Islamiah pada kebiasaannya terdapat tiga kategori anggota/manusia.

 

            1. Berilmu dan mempunyai syakhsiah/peribadi Islam yang baik tetapi tidak kommited ataupun tidak iltizam terhadap jamaah.

            2. Mempunyai syakhsiah Islam yang baik dan iltizam dengan jamaah tetapi tidak berilmu.

            3. Iltizam terhadap jamaah dengan baik dan berilmu tetapi tidak mempunyai syakhsiah yang baik.

 

            Oleh itu jalan penyelesaian terbaik ialah Tarbiah Harakiah (تريبة حركية) yang di laksanakan oleh jamaah dengan sistematik. Tarbiah Harakiah (تريبة حركية)  ini bertujuan mengujudkan ahli-ahli yang akan menjadi kader-kader Islam yang boleh di amanahkan bagi memikul dan melaksanakan tujuan-tujuan Jamaah yang telah di tetapkan oleh qiadah.

            Dalam kertas ini dengan pertolongan Allah swt. kita cuba menggariskan Manhaj Harakah Islamiah secara ringkas dan mudah. Manhaj (Garispanduan ) tersebut jika ada manfaatnya mudah-mudahan dapat membantu dan mengemaskan lagi kekuatan jamaah yang sedia ada untuk kecemerlangan Gerakan Islam dan Islam itu sendiri di masa hadapan isya’Allah.

 

Worl View Harakah Islamiah

 

            Harakah Islamiah pada keseluruhanya mempunyai matalamat terlaksananya Syariat Islam di bumi Allah ini sebagaimana Rasulullah saw. Telah berjaya dalam misi perjuanngannya dengan tertubuhnya Negara Islam dan terlaksana Syariatnya dengan sempurna.

            Kita tidak boleh lari dari mengambil contoh teladan dari gerakan-gerakan Islam semasa di samping contoh generasi pertama para shabat yang telah di beri kemenangan oleh Allah dalam menyediakan dan menyempurnakan kekuatan harakah dalam melaksanakan jihad yang mulia ini.

            Setiap anggota harakah mestilah memahami dengan sebak-baiknya yang mereka tidak boleh menyimpang dari jalan hakiki perjuangan Islam. Jalan yang telah di lalui oleh Rasulullah saw dan para sahabatnya yang juga disebut sebagai Manhaj An-Nabawy. Manhaj perjuangan ini boleh di pelajari dari sumber-sumber yang autenthic iaitu Al-Kitab, As-Sunnah dan Kitab-kitab Seerah An-Nabawiyah.

            Al-hamdulillah generasi kita pada hari ini sangat bersyukur ke hadhrat Allah swt. yang telah melahirkan ulamak-ulamak haraki yang telah berijtihad dan berjihad dalam teori dan amalinya dalam bidang harakah Islamiah ini seperti Imam As-Syahid Hassan Al-Banna dengan kitab Risalah At-Ta’alim As-Syahid Syed Qutb dengan kitabnya Tafsir Fi-dzilalil-Quran dan  Said Hawwa dengan kitabnya Fi Afaaqit Ta’aalim dan sebagainya.

            Dalam Risalah Ta’alim رسالة التعليم termuat dengan padatnya hasil-hasil rumusan beliau mengenai amal Islami yang bermaksud bagaimana cara-cara bekerja untuk mengembalikan kecerlangan Islam. Risalah ini merupakan intisari dari Manhaj Perjuangan Rasulullah saw sepanjang perjuangannya lebih dari 20 tahun itu, bermula dari pembenaan individu muslim sehingga tertegaknya Daulah Islamiah  دولة الاسلامية .

            Di lihat pada keseluruhannya, Manhaj ini mengandungi dua perkara penting iaitu  tarbiyah dan dakwah, tarbiayah bermaksud mendidik anggota jamaah dengan kepahaman Islam yang tulin dan seterusnya melaksanakan dakwah dengan erti mendidik manusia kepada fahaman Islam yang syumul[2]. 

            Hasil dari tarbiah ini akan lahirlah mujahid-mujahid yang menjadi penerus perjuangan yang besar sehingga Risalah Islam ini dapat tersebar luas keseluruh alam ini dengan izin Allah swt.

            Apa yang menjadi kewajipan kita sekarang ialah memahani, mengkaji dan menelitinya seterusnya kita amalkan di dalam kerja-kerja jamaah bagi mencapai matalamat perjuangan ini.        

Mukaddimah

 

            Bekerja untuk menegakkan Islam merupakan suatu perjuangan yang paling mulia di sisi Allah dan RasulNya, kerana ia merupakan kerja para rasul, para anbiak, para syuhadak dan para mujahidin di sepanjang masa dan zaman.

Bekerja dalam perjuangan Islam ini tidaklah semudah sebagaimana anggap sesetengah manusia, kita mestilah mempunyai cukup persediaan-persediaan dari segi fikrah, keilmuan, persediaan-persediaan rohani dan jasmani, di samping ujudnya suatu Jamaah Islamiah[3] yang syumul.

Apabila saudara mengabaikan salah satu sudut dengan meninggalkan atau tidak mengambil berat dengannya, kita akan menghadapi akibat ketidak sempurnaan dalam bekerja dan natijah perjuangan, seperti gagal dalam mencapai matalamat perjuangan atau kita akan tergelicir dari landasan perjuangan tanpa disedari kecuali dengan rahmat dan pertolongan dari Allah swt.

Teori Amal Islami[4] ini telah pun di jelaskan oleh Rasulullah saw sepanjang perjuangannya selama lebih 20 tahun bersama para sahabatnya ra secara teori dan amali yang dibibim terus oleh Allah memalui wahyu ilahi. Pada dasarnya teori ini terdapat di dalam Al-Quraan, As-Sunnah dan kitab-kitab Seerah secara umum tetapi dengan berlalunya masa yang panjang ia telah lenyap dari ummat Islam dan ia hanya tinggal di dalam lembaran-lembaran kitab yang tersimpan dan tinggal di dalam lipatan-lipatan sejarah ummat sahaja.

Dengan munculnya seorang Mujaddid[5] di abad ini dengan izin Allah membawa obor kepada ummat untuk menyuluh jalan samar dan kurang jelas sehingga terang dan jelaslah jalan-jalan perjuangan yang kabur dan berliku-liku bagi tujuan mujahid–mujahid Islam mengembalikan kegemilangan semula Islam di dunia moden ini dengan teori amal Islaminya itu.

Teori Amal Islami ini terkandung di dalam kitab (رسالة  ا لتعليم)  karangan Imam AsSyahid Hassan Al-Banna pencetus idea dan pengasas Jamaah Ikhawan Al-Muslimin  (جماعة الاخوان المسلمين) di Mesir. Kitab yang ringkas ini kemudian di kemas, di hurai di tafsir dan di kembangkan oleh murid-murid dan juga sahabat-sahabatnya, sehingga yang jelas bertambah jelas lagi dan yang terang bertambah terang lagi seperti As-Syahid Syed Qutb, Syeikh Hassan Hudhaiby, Syeikh Abd. Qadir Audah, Syeikh Said Hawwa dan lain-lain lagi.

 Manhaj Perjuangan Islam atau Garis panduan yang telah di lalui oleh baginda dan para sahabatnya ra itu telah dengan jelas dan nyata menghasilakan natijah yang sempurna dan di penghujung perjuangan itu telah terbentuklah suatu Negara Islam yang satu-satunya dan kemenangan Islam tersebut merupakan hasil jerih pahit perjuangan yang tidak mengenal rehat dan bosan selama lebih dari dua dekat dan kemenagan yang jitu dan sempurna yang mendapat keredhaan dari Allah swt. (بلدة طيبة ورب غفور).

Oleh yang demikian setiap dari kita yang telah bersedia untuk mengharungi medan perjuangan ini sewajarnya menyediakan diri terhadap keperluan-keperluan asas yang dapat membantu kita dalam mencari bekal perjalanan yang jauh dan sukar ini serta dapat istiqamah dan sabar dalam mengharungi rintangan dan halangan yang pahit dan getir serta ranjau dan onak yang penuh bisa dan racun yang tidak mengenal belas kesihan.

Apakah bekal perjuangan bagi kita tidak lain melainkan kekuatan iman dan kefahaman ilmu. Dalam usaha permulaan ini marilah pertama-tama kita mengikhlaskan diri kepada Allah swt. Memohon doa kepada Allah swt agar kita dapat sabar, istiqomah dan tabah dalam kerja-kerja Islam ini.

Imam As-Syahid  Hassan al-Banna pimpinan (جماعة الاخوان المسلمين) menggariskan kepada kita jalan dan liku-liku perjuangan, semoga kita dapat meneguk setitik air dari lautan ilmu dan kefahaman beliau yang mendalam terhadap perjuangan bukan sahaja dari segi teori tetapi dari segi amali dan jihad beliau.

Jamaah Ikhwan Al-Muslimin merupakan suatu Jamaah Islam contoh yang sehingga sekarang ini tidak ada suatu pun jamaah yang bergerak secara lengkap dan menghampiri kesempurnaan sepertinya[6].

Oleh itu kita mengambil sedikit pandangan dan pengajaran serta pengalaman dari mereka cara bagaimana seharusnya kita bekerja untuk Islam atau bangaiman kita dapat menyediakan diri untuk berjuang di medan jihad yang perlu mengunakan tenaga yang banyak dan memerlukan masa yang panjang.

 

Dari Mana Kita Bermula

 

            Risalah Ta’alim ini mengandungi dua bahagian, bahgian pertama menjurus kepada pembinaan peribadi muslim sebagai anggota harakah dan kedua tanggunhjawab angggota sebagai anggota harakah.

            Risalah Ta’alim ini ditujukan kepada anggota dalam marhalah kedua[7] kedua iaitu anggota yang sudah mempunyai komotment yang sebenar kepada harakah Islamiah yang bersedia untuk di tarbiah dan bersedia untuk bekerja bagi kerja-kerja Islam.

 

Bahagian Pertama

 

Tahap pertama[8] ialah proses pembbentukan peribadi muslim شخصية الاسلامية   satu peroses yang akan melayakkan seseorang anggota memenuhi syarat kelayakan untuk menjadi seorang ahli di dalam jamaah. Syarat ini adalah sangat penting kerana ia merupakan kesungguhan seseorang anggota itu untuk membena peribadi muslim dengan meningkatkan ilmu dan amal serta membina akhlak mulia. Jamaah yang mempunyai anggota-anggota yang memenuhi syarat-syarat seperti inilah yang akan di kurniakan kemenangan oleh Allah dalam perjuangan sebagaimana generasi pertama dahulu[9].

 Tahap kedua akan dibincangkan dalam bahagian kedua nanti. Bagi memulakan Imam Hassan Al-Banna mengariskan kepada kita 10 baiah[10]  ( البيعة)yang harus di baiah bagi setiap anggota jamaah yang bersedia untuk bersama berjuang di medan perjuangan.

10 perkara baiah bukan sahaja di akui tetapi juga hendaklah di fahami dengan sejelas-jelasnya sebelum mereka kecimpung di medan perjuangan Islam supaya mereka.

 

Sepuluh Baiah Seorang Anggota Jamaah Islamiah

 

1.      Faham ( الفهم ) Islam adalah nizam yang syamil, mencakupi seluruh lahiriah kehidupan. Oleh itu islam adalah daulah dan watan, pemerintahan  dan ummah, akhlak dan kekuatan, rahmat dan keadilan, kebudayaan dan qanun, ilmu dan kehakiman, kebendaan dan harta, usaha dan kekayaan, jihad dan dakwah, tentera dan fikrah, aqidah yang benar dan ibadah yang sah.

 

2.      Al-Ikhlas ( الاخلاص ) Apa yang saya maksudkan dengan ikhlas ialah setiap saudara muslim mestilah mengharapkan keredhaan allah dan ganjaran pahalannya dari semua perkataannya, amalannya dan jihad yang dilakukannya demean tidak memandang sebaranag keuntungan, pandangan zahir, kemegahan gelaran, kedudukkan (terkemuka atau terkebelakang). Dengan itu saudara muslim akan menjadi tentera fikrah dan aqidah, bukan tentera untuk mengejar sesuatu dan akepentingan. Firman Allah maksudnya: “Katakan olemu; Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku, hanyalah untuk Allahtuhan semseta alam, tida ada sekutu bagiNya, dan demean yang demikian itulah aku diperintahka”. S 6:162-163

            

            Dengan itu saudara telah memahami slogan sebagaimana yang sering di laungkan “Allah  matlamat kita”الله غايتنا   والله اكبر ولله الحمد  

           

 

3.      Al-‘Amal ( العمل )  Amal yang dimaksudkan ialah hasil dari ilmu dan ikhlas. Firman Allah maksudnya: “Dan katakanlah: “Bekerjalah kamu maka Allah dan RasulNya serta orang-orang mukmin akan melihat pekerjaan mu itu dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Maha Mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu diberitakannya kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan.” S.9.105

 

Ada tujuh peringkat amal yang dituntut dari seorang anggota.

 

3.1.            Melakukan Islah Terhadap Diri Sendiri: sehingga ia menjadi seorang yang kuat tubuh badannya, ampuh akhlaknya, mempunyai fikrah yang berilmu, mampu berusaha, mempunyai aqidah yang sejahtera (benar) dan ibadah yang sah, mampu melakukan mujahadah terhadap dirinya sendiri, teliti menjaga waktu, teratur semua urusannya, bermanfaat kepada orang lain. Kesemua ini adalah kewajipan kepada setiap anggota.

3.2.            Membentuk Rumahtangga Muslim. Membimbing keluarganya menghormati fikrahnya, menjaga ada-adab Islam dalam kehidupan berumahtangga, bijak di dalam memilih isteri, mengajarkan hak dan kewajipan isteri, mendidik anak-anak dengan baik dan pembantu rumah, membentuk mereka sejajar dengan perinsip-perinsip Islam. Kesemuanya itu menjadi kewajipan kepada semua anggota jamaah.

3.3.            Membimbing Masyarakat: dengan menyebarkan seruan kebajikan, menangani segala bentuk kejelekkan dan kemungkaran, mengalakkan kemuliaan, amar makruf dan bersegera melakukan kebajikan, berusaha menarik masyarakat kearah kehidupan Islam, mencorakkan kehidupan masyarakat sejajar demean Islam. Kesemuanya ini adalah kewajipan setiap anggota jamaah dan kewajipan jamaah sebagai satu institusi yang beramal/bergerak.

3.4.            Membebaskan Negara (Watan): Membebaskannya dari cengakaman kuasa asing yang bukan Islam, baik di bidang siasah, ekonomi atau kerohanian.

3.5.            Mengislahkan (memperbaiki Kerajaan: sehingga ia benar-benar menjadi sebuah kerajaan Islam. Dengan itu kerajaan akan menunaikan tanggungjawabnya sebagai khadam dan penjaga kepada ummat Islam, sebagai pekerja untuk menjaga kepentingan ummah. Keajaan Islam bermaksud, kerajaan yang di anggotai oleh orang-orang Islam yang menunaikan semua kewajipan Islam tidak melakukan maksiat secara terang-terang dan kerajaan yang melaksanakan hukum-hukum Islamn dan pengajarannya. Tidak menjadi suatu kesalahan Kerajaan Islam melantik pegawai-pegawai yang bukan Islam ketika dharurah (sangat memerlukannya) dengan syarat tidak dilantik ke jawatan dalam kategori Wilayah Ammah[11] (الولاية العامة ). Bentuk dan jenis kerajaan yang di pilih oleh Daulah Islamiah tidaklah diambil kira selagi ia selari dengan kaedah-kaedah umum dalam system pemerintahan Islam[12]. Di atara kewajipan-kewajipan daulah Islamiah ialah melaksanakan syariat menyampaikan dakwah, memperkuat dan mempertinggikan akhlak, mengembangkan ilmu pengetahuan, menyediakan kekuatan, menjaga kesihatan umum, memelihara kepentingan umum, mengembangkan kekayaan Negara dan menjaga keselamatan harta.

               Di antara hakl-hak daulah Islamiah setelah ia menunaikan kewajipan-kewajipannya ialah: menerima kesetiaan, ketaatan dan bantuan harta dari rakyat. Sekiranya kerajaan cuai menunaikan kewajipannya, kerajaan ini mestilah dinasihati dan ditunjuki jalan yang lurus. Jika nasihat dan petunjuk ini tidak memberi kesan maka terpaksalah di lakukan penarikan balik segala ketaatan dan kesetiaan dan pihak berkuasa kerajaan hendaklah dipecat, kerana dalam ajaran Islam tidak wajib taat kepada makhluk dalam perkara maksiat kepada Allah.

3.6.                                                                                                                             Mewujudkan kembali kesatuan bangsa-bangsa umat Islam deangan membebaskan negra-negara yang terjajah, menghidupkan kembali keagungannya yang silam, memperdekatkan kebudayaan dan ilmu pengetahuannya, mewujudkan kata sepakat yang  boleh menwujudkan kembali  Khalifah Islamiah yang telah hilang dan dapat mengmbalikan kesatuan yang diharapkan.

3.7.                                                                                                                              Memimpin dunia denagan meyampaikan dakwah Islamiah keseluruh pelusuk dunia, sehingga sepertimana firman Allah yang bermaksud: “supaya jangan ada fitnah dan supaya agama itu semata-mata bagi Allah.” S 8:39

 

      Dan firmanya lagi bermaksud: “dan Allah tidak menghendaki salain   

      menyempurnakan cahayaNya.” S 9:32

             

             Ke empat-empat perkara yang terakhir ini adalah menjadi kewajipan kepada jamaah dan juga menjadi kewajipan kepada setiap saudara, atas sifatnya sebagai anggota jamaah.

              Alangkah berat dan besarnya tanggunjawab ini. Ia kelihatan sebagai suatu khayalan, tetapi seorang saudara muslim melhatnya sebagai suatu kenyataan. Kita tidak akan merasa putus asa di samping itu kita menggantungkan harapan kepada Allah. Firman Allah bermaksud: “Dan Allah berkuasa terhadap urusanNya, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahuinya.” S 12:12

             

 

4.      Al-Jihad ( الجهاد)  Jihad yang dimaksukan di sini: Membawa serti satu kewajipan  yang berterusan hingga ke hari kiamat, sepereti yang di nyatakan dalam hadis Rasulullah saw yang bermaksud: “Sesiapa sahaja yang mati (sedang) ia tidak pernah perperang dan tidak pernah niat untuk ia mati dalam keadaan jahiliah.”

      

         Peringkat jihat yang pertama ialah mengingkari dengan hati dan peringkat paling tinggi ialah perang fi sabilillah. Di antara kedua-dua peringkat ini terdapat jihad dengan lidah, tulisan, tangan dan menyuarakan kebenaran kepada pemerintah yang zalim. Dakwah tidak akan hidup tanpa jihad. Sejauh ketinggian dan keluasan ruang lingkup dakwah begitulah juga ketinggian dan keluasan ruang lingkup jihad pada jalan Allah. Begitulah juga mahal harga yang diminta bagi menyokong perjuangan dakwah dan besar pula pahala bagi mereka yang beramal. Allah berfirman maksdunya: “dan berjihadlah pada jalan Allah deengan jihad yang bersungguh-sungguh.” S 22:78

 

          Dengan ini saudara dapat memahami slogan sepanjang masa: Jihad Jalan kita (الجهاد سبيلنا)

 

5.      Pengorbanan ( التضحية ) Pengorbanan yang saya maksudkan ialah mengorbankan jiwa, harta , masa kehidupan dan segala sesuatu untuk mencapai matalamat. Tidak ada jihad dan pengorbanan untuk tujuan lain dari matlamat ini. Sebarang pengeorbanan untuk memperjuangkan fikrah kita tidak akan sia-sia, malah mendapat ganjaran yang besaar dan pahala yang baik dari Allah. Siapa yang tidak mahu berkorban bersama-sama kita beliau telah berdosa.

 

      Firman Allah maksudnya: “Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-rang mukmin diri dan harta mereka dengan memri syurga untuk mereka.” S 9:111

            FirmanNya lagi bermaksud: “Katakanlah: Jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluarga, harta kekayaan yang kamu usahakan perniagaan yang kamu takuti kerugaiannya dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan RasulNya dan dari jihad di jalanNya maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusannya.” S 9:24

      FirmanNya lagi bermaksud: “Yang demikian itu adalah kerana mereka tidak ditimpa kehausan, kepayahan dan kelaparan pada jalan Allah dan tidak pula menginjak satu tempat yang membangkitkan kemarahan orang-orang kafir dan tidak menimpakan sesuatu bencana kepada musuh, melainkan ditulis bagi mereka dengan yang demikian itu satu amal soleh.” S 9:120       

   Dengan itu saudara dapat memahami pengertian selogan saudara sepanjang zaman:  Jihad Jalan Kita (الجهاد سبيلنا)

 

6.      Al-Ta’at (الطاعة  )  Taat yang saya maksudkan ialah: Mamatuhi perintah dan melaksanakan nya demean segera, baik di waktu senang atau di waktu susah, dalam perkara yang di sukai dan dibenci. Ini adalah kerana peringkat dakwah itu terbahagi kepada tiga peringkat.

 

6.1. Peringkat takrif  مرحلة  التعريف  dengan menyebarkan fikrah umum di kalangan orang ramai. Sistem dakwah dalam peringkat ini merupakan sistem persatuan yang bersifat pentadbiran. Tugasnya ialah melakukan amal kebajikan umum. Wasilah yang digunakan dalam peringkat ini ialah memberikan kesedaran dan bimbingan, juga dengan mewujudkan institusi-institusi yang berfaedah dan wasilah-walsilah lain yang bersifat praktik. Semua cawangan yang wujud sekarang memainkan peranan dakwah dalam peringkat ini. Sistem yang mengaturkannya ialah “Kanun Asasi” yang dihuraikan dalam risalah-risalah dan akhbar Ikhwan. Dakwah dalam peringkat ini adalah dakwah umum.

      Semua orang boleh berhubung dengan jamaah sekiranya mereka  mempunyai keinginan untuk turut serta melakukan kegiatan-kegiatan jamaah dan berjanji akan memelihara prinsip-prinsip jamaah. Ketaatan yang sepenuhnya tidak diwajibkan dalam peringkat ini hanya sekadar menhormati peraturan pertubuhan dan prinsip-prinsip umum jamaah sahaja.

 

6.2. Marhalah Takawin, مرحلة التكوين dengan memilih dari kalangan nanusia yang mempuyai unssur-unsur kelayakkan bagi memikul tanggungjawab jihad dan  menggabungkannya di dalam kumpulan.

      Sistem (nizam) jamaah dalam ialah nizam sufi tulin dari sudut rohani dan nizam ketenteraan tulin dari sudut amali. Slogan dari kedua-dua sudut ini ialah “Perintah dan Taat” tanpa ragu-ragu, tanpa soal jawab, syak dan tanpa merasa berat. Katibah-katibah Ikhwan sekarang memainkan peranan di peringkat ini. Sistem yang mengaturkannya ialah Risalan Ta’lim (رسالة  ا لتعليم).

      Dakwah dalam peringkat ini adalah khusus, hanya mereka yang membuat persediaan-persediaan yang sungguh-sungguh untuk memikul tanggungjawab jihad yang berterusan dan beban kerja yang banyak, hanya mereka inilah sahaja yang layak menggabungkan diri dengan jamaah. Tanda-tanda awal kesediaan mereka ialah ketaatan yang sempurna.

 

6.3. Marhalah Tanfiz, مرحلة التنفيذ dakwah dalam peringkat ini adalah jihad, yang tidak ada tawar menawar dan amal yang berterusan untuk mencapai matalamat. Ujian dan bala’ yang tidak akan mampu dihadapinya oleh mereka kecuali dengan ketaatan yang sempurna.

             

      Dengan baiah yang saudara telah berikan kepada jamaah anda adalah sudah berada di peringkat takwin yang mana saudara adalah anggota yang sudah berwsedia untuk melaksanakan tanggungjawab yang besar ini.

 

7.      Tetap Pendirian  (الثبات  ) Tetap pendirian yang saya maksudkan membawa erti bahawa saudara mestilah sentiasa beramal dan berjihad untuk mencapai matlamat, sekalipun matalamat itu masih terlalu jauh dan memakan masa bertahun-tahun sehinggalah saudara menemui Allah dalam keadaan beramal dan berjuhad. Dengan itu saudara telah memenangi salah satu dari dua kebaikan, sama ada berjaya mencapai matlamat atau syahid pada akhir hayatnya. Firman Allah yang bermaksud: “ Di antara orang-orang mukin itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah, maka di antara mereka ada yang gugur dan di antara mereka ada (pula ) yang menunggu-nunggu dan mereka sedikitpun tidak merubah (janjinya).” S 33:23

      Bagi kita, masa adalah merupakan sebahagian dari proses pnegubatan masyarakat dan bagi kita perjalanannya terlalu jauh, banyak peringkat dan banyak rintangan, tetapi inilah satu-satunya jalan yang dapat menyampaikan kita kepada matalamat, di samping ganjaran pahala yang besar dapat bersemadi yang baik.

      Oleh kerana itu, tiap-tiap satu wasilah kita yang enam hingga kepada masalah persediaan yang baik, menunggu peluang yang baik dan melakukan pelaksanaan dengan teliti, kesemua ini adalaha bergantung kepada masanya. Firman Allah maksudnya: “dan mereka berkata: “Bila itu (akan terjadi)” ? Katakan: “Mudah-mudahan (waktunya) amat hampir.” S 17:51

 

8.      At-Tajarrud  (التجرد  ) yang saya maksudkan dengan tajarrud ialah saudara membebaskan diri dari prinsip-prinsip dan peribadi-peribadi yang lain dari fikrah saudara dan membulatkan diri saudara untuk fikrah kerana fikrah saudara adalah fikrah yang paling tinggi dan lengkap. Firman Allah maksudnya: “Sibghah Allah[13], dan siapakah yang lebih baik sibghahnya dari Allah.” S 2:138

      Firmannya lagi  maksudnya: “Sesungguhnya telah ada teladan yang baik bagimu pada Ibrahim dan orang-orang yang bersama dengan dia; ketika mereka berkata kepada kaum mereka: “ Sesungguhnya kami berlepas diri daripada kamu daripada apa yang kamu sembah selain Allah, kami ingkari (kekafiran) kamu dan telah nyata antara kami dan kamu, permusuhan dan kebencian buat selama-lamanya sampai kamu beriman kepada Allah sahaja.” S 60:4

 

      Bagi saudara yang jujur, semua manusia tidak lebih dari tujuh golonngan: Muslim Mujahid, muslim yang berdiam diri, muslim yang berdosa, kafir zimmi, kafir muahid, kafir harbi. Setiap dari golongan ini mempunyai hukum yang tertentu dalam neraca Islam . Dalam batas golongan yang tujuh inilah setiap peribadi dan institusi dinilai dan dalam batas inilah juga sesetiaan atau permusuhan ditentukan.

      Kata Ustaz Said Hawwa ketika mengulas baiah ini: “Oleh itu tajarrud dijadikan rukun dari rukun-rukun baiah pada zaman kita ini, supaya dengan itu saudara hanya memberikan wala’ dan sokongan kepada saf dan jamaah saudara.

 

           

9.      Al-Ukhwah  (الاخوة  ) Persaudaraan yang dimaksudkan membawa erti bahawa hati dan jiwa terikat demean ikatan aqidah. Aqidah merupakan ikatan yang paling kukuh dan paling tinggi. Ukhwah adalah saudara iman dan perpecahan adalah saudara kufur.

      Kekuatan yang utama ialah kekuatan perpaduan, tidak ada perpaduan tanpa ada kasih sayang, paling rendah darjah kasih ssayang ialah kesejahteraan jiwa terhadap saudara seislam dan darjah paling tinggi ialah menngutamakan orang lain dari diri sendiri.

      Firman Allah maksudnya: “dan Barangsiapa yang dipelihara dari kebakhilan dirinya, mereka itulah orang-orang yang beruntug.” S 59:9

      Saudara yang jujur merasakan saudaranya lebih utama dari dirinya kerana jika beliau tidak bersama mereka, beliau tidak akan bersama orang lain, sedangkan saudara-saudaranya, sekiranya mereka tidak bersama beliau mereka akan bersama dengan orang lain.

      Sabda Rasulullah saw: “Serigala itu hanya akan dapat memakan kambing yang terpisah dari kumpulannya.”

      Sbdanya lagi: “Bandingan antara mukmin dengan mukmin yang lain samalah seperti binaan yang saling mengukuhkan antara satu sama lain.”(Bukhari dan Muslim)

 

Firman Allah maksudnya: “Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan sebahagaian mereka menjadi penolong bagi sebahagian yang lain.” S 9:71

 

           

10. Al-Thiqah  (الثقة  )  Thiqah p(ercaya) yang dimaksudkan di sini bererti keyakinan seseorang tentera (anggota jamaah) terhadap qiyadah (pemimpin jamaah), pada kemampuan dan keikhlasannya, dengan keyakinan yang mendalam sehingga dapat melahirkan perasaan kasih, penghargaan, penghormatan dan ketaatan. Firman Allah swt maksudnya: Maka demi Tuhanmu, mereka (pada hakikatnya) tidak beriman hingga mereka menjadikan kamu hakim terhadap perkara yang mereka perselisihkan, kemudian mereka tidak merasa dalam diri mereka sesuatu keberatan terhadap keputusan yang kamu berikan, dan mereka menerima dengan sepenuhnya.” S 4:65

      Qiyadah merupakah sebahagian dari dakwah. Dakeah tidak akan wujud tanpa qiyadah. Sejauh mana thiqah yang timbal balik antara qiyadah dan tentera , sejauh itulah kekuatan sistem jamaah, kekemasan strateginya dan itulah juga ia dapat mencapai matalamat dan mampu mengatasi halangan-halangan dan kesukaran-kesukaran yang dihadapinya. Fiman Allah bermaksud: “ ...... kecelakaanlah bagi mereka. Taat dan mengucapkan perkataan yang baik adalah lebih baik bagi mereka.” S 47:20-21

      Dalam dakwah Ikhwan, qiyadah mempuyai hak seorang bapa di sudut ikatan hati, hak seorang ustaz di sudut memberi ilmu, hak seorang syeikh di sudut tarbiah ruhiah, dan hak seorang qi’d (ketua) di sudut siasah dan polosi umum dakwah. Dakwah kita merangkumi semua niilai-nilai ini. Thiqah kepada qiyadah adalah satu-satunya yang dapat menjamin kejayaan dakwah.

      Oleh itu setiap saudara yang jujur seharunya menyoal dirinya dengan soalan berikut, supaya dengan itu belaiu dapat mengetahui sejauh manakah thiqah dan keyakinannya kepada qiyadah:

 

10.1.   Apakah beliau telah mengenali qiyadahnya sebelum ini dan kengkaji keadaan hidupnya.

10.2.   Adakah beliau menyakini keupayaan dan keikhlasanya ?

10.3.   Adakah beliau sedia menganggap bahawa segala perintah yang ditujukan kepadanya dari qiyadah (yang bukan maksiat) sebagai satu perkara putus tidak boleh dipersoalakan, tidak boleh dijanggahi dan tidak boleh diperbincangkan di samping beliau dibenarkan memberaai nasihat dan menunjukan yang benar ?

10.4.   Adakah belaiu bersedia membuat andaian dirinya berada di pihak yang salah dan qiyadah di pehak yang beanar, sekitanya baerlaku pertn\entangan antara perintah kepadanya dengan apa yang diketahuinya, dalam perkara ijtihad yang tidak ada nas syarak ?

10.5.    Adakah ia bersedia meletakkan seluruh keadaan hidupnya di bawah pentadbiran dakwah ? Menurut pandangannya, apakah pihak qiyadah berhak menentukan kepentingan individunyadan kepantingan dakwah.

 

      Dengan menjawab soalan-soalan ini dan soalan lainnya , saudara dapat meyakini sejauh mana hubungannya daengan qiyadah dan sejauh mana keyakinan kepada qiyada. Dan haati manusia adalah dalam gemgaman Allah, Allah mentadbirkannyamenurut kehendakNya.

      Firman Allah maksdunya: “Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang ada di bumi semuanya, nescaya kamu tidak (juga) dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka Sesungguhnya Dia Maha Perkasa lagi Maha Bijaksa.: S 8:63

 

Komentar Ringkas Ustaz Said Hawwa terhadap 10 rukun baiah

 

1.  Faham ( الفهم )  Baiah untuk memahami Islam dengan fahaman yang tepat dan betul, kerana tanpa kefahaman yang tepat terhadap Islam sebarang amal untuk Islam atau bekerja secara Islam tidak akan berlaku. Satu gerakan bersama untuk kepentingan Islam juga tidak akan ujud. Sekiranya gerakan bersama itu ujud ia hanya akan berada dalam satu runglingkup yang sempit, tidak merangkumi masa kini dan masa akan datang.”

 

   2.  Al-Ikhlas ( الاخلاص )  Baiah untuk bersifat ikhlas, kerana tanpa keikhlasan, keredhaan Allah tidak akan ujud. Satu gerakan yang sejahtera juga tidak akan ujud. Di samping itu saf (Jamaah) akan mudah terpedaya.”

 

3.  Al-‘Amal ( العمل )  Baiah untuk melakukan amal yang telah ditentukan garis permulaannya dan jelas matlamatnya. Di mulai dari diri sendiri dan di akhiri dengan penguasaan Islam terhadap alam sejagat. Ini adalah kewajipan-kewajipan yang telah tidak difahami oleh muslim hari ini dan tidak mengetahui bahawa beliau telah ditaklifkan dengan kewajipan tersebut.

 

4.   Al-Jihad ( الجهاد)  Baiah Berperang untuk melakukan jihad yang menjadi neraca iman yang telah dilupakan oleh muslim.

 

5.   Pengorbanan ( التضحية )  Baiah untuk berkorban apa saja untuk mencapai segala sesuatu ….. untuk mencapai syurga.

 

6.   Al-Ta’at (الطاعة  )  Baiah untuk menyerahkan seluruh ketaatan sejajar dengan peringkat-peringkat tertentu dan menurut persediaan yang ada.

 

7.   Tetap Pendirian  (الثبات  ) Baiah untuk tetap pendirian setiap masa dan dalam semua keadaan.

 

8.    At-Tajarrud  (التجرد  )  Baiah untuk menyerahkan diri bulat-bulat kepada dakwah, ikhlas terhadap dakwah dan menolak yang lain.

 

9.    Al-Ukhwah  (الاخوة  ) Baiah untuk melaksanakan ukhwah Islamiah sebagai titik bertolak.

 

10.   Al-Thiqah  (الثقة  )  Baiah untuk menyerahkan kepercayaan kepada qiyadah (Kepimpinan) dan saf (Jamaah).

Baiah yang mempunyai sepuluh rukun. Sekiranya berlaku sebarang kecacatan pada salah satu rukun ini maka perjalanan dakwah (Perjuangan) tidak akan berada pada kedudukan yang betul dan penbinaan (Jamaah) tidak akan sempurna.

            Oleh itu memahami dan menghayati 10 baiah ini menjadi kewajipan pertama dalam jamaah ini untuk memahami lebih lanjut lagi perkara-perkara yang berhubung dengan Jamaah Islam.

            Apabila saudara memahami dengan sempurna setiap rukun baiah ini satu persatu. Saudara akan memahami pula perkara seperti Fikrah Jamaah, Manhaj, Matlamat dan wasilah Jamaah.

            Tujuan baiah ini supaya setiap anggota faham benar-benar dan sedar apa yang mereka lakukan, iaitu mereka sedia bekerja untuk Islam dengan menyediakan dirinya untuk di tarbiah dengan memahami Islam dalam erti kata yang sebenar dan tanggungjawab untuk membena diri sebagai seorang yang bersyakhsiyah Islam dan bersedia membawa risalah Islam ketengah-tengah masyarakat.

            Islam yang hendak di serukan kepada manusia itu mestilah Islam yang benar Islam yang bersumberkan dari sumbernya yang asli dan sah. Oleh itulah kenapa dalam baiah pertama ini iaitu Al-Fahmu ( الفهم )  bertujuan memberi kefahaman Islam yang benar kepada setiap anggota dalam rangka pembenaan diri dan melaksanakan tanggungjawab dan kemudiannya ia membawa Islam yang benar itu nanti kepada semua manusia.

 

 

 

 

 

 

 

-------- 0 --------

 

Bahagian Kegdua

 

 

 

 

                                                            

Tanggungjawab Seorang Anggota Harakah

 

            Imam Hassan Al-Banna telah mengatakan: Keimanan saudara terhadap bai’ah ini mewajibkan saudara menunaikan beberapa kewajipan, sehinggalah dengan menunaikan kewajipan-kewajipan itu saudara telah menjadi batu bata binaan yang kuat Harakah Islamiah. Kita akan menyebutkan kewajipan-kewajipan tersebut dengan memberikan penjelasannaya.

 

1.      Saudara mestilah mempunyai wirid harian yang tertentu dari Al-Quran tidak kurang satu juzuk tiap-tiap hari, saudara mestilah bersungguh-sungguh untuk mengkhatamkan Al-Quaan tidak lebih dari satu bulan dan tidak kurang dari tiga hari.

2.      Saudara mestilah memperelokkan bacaan Al-Quraan, mnedenganr dan mengamati pengertiannya.

3.      Saudara mestilah mempelajari seerah Rasulullah saw. Yang suci, sejarah para salafus-Soleh sekadar kelapangan waktu saudara. Paling kurang saudara mestilah membaca kitan Hummatul Islam. Saudara mestilah membanyakkan bacaan hadis Rasulullah saw. Saudara mestilah menghafadz peling kurang 40 hadis, yang sebaiknya ialah hadis 40 imam Nawawy. Saudara mestilah mempelajari risalah tentang aqidah dan risalah lain tentang ilmu Fiqah.

4.      Saudara mestilah segera melakukan pemereksaan kesihatan secara umum. Saudara mestilah mengubati penyakit yang ada pada diri saudara. Saudara mestilah mengambil berat tentang sebab-sebab yang boleh membawa kekuatan dan pertahanan anggota saudara dan saudara mestilah menjauhi sebab-sebab yang boleh membawa kelemahan kesihatan saudara.

5.      Jauhkan diri saudara dari berlebihan minum kopi dan teh atau miniman-minuman yang merangsang. Saudara meminumnya kecuali kerana dharurat dan saudara jangan merokok sama sekali.

6.      Saudara mestilah mengambil berat soal kebersihan dalam semua perkara; baik pada tempat tinggal, pakain, makanan, tubuh badan dan tempar kerja. Sesungguhnya din Islam di bina atas kebersihan.

7.      Saudara mestilah berkata benar jangan sekali berdusta.

8.      Saudara mestilah menunaikan janji, mengotakan apa yang di kata, jangan sekali-kali mungkir janji walau bagaimana keadaan sekalipun.

9.      Saudara mestilah berani dan sanggup memikul sesuatu kewajipan. Keberanian yang paling baik ialah berterus terang memperkatakan kebenaran, menyimpan rahsia, mengakui kesalahan, mengisafi diri dan menguasai diri ketika marah.

10. Saudara mestilah bersikap serius, sentiasa sunggu-sungguh. Tetapi sikap serius saudara seharusnya tidak menghalang saudara dari begurau ketawa dengan sedikit senyum.

11. Saudara mestilah bersifat sangat-sangat pemalu, berperasaan halus, sensitif dengan kebaikan dan kejahatan. Saudara gembira kerana kebaikan dan dukacita demean kejahatan. Saudara mestilah sersifat rendah diri tetapi tidak sehingga menjadikan hina, mengikut telunjuk dan pengampu. Saudara mestilah meminta satu kedudukan yang lebih rendah dari kedudukan yang layak bagi saudara agar saudara dapat mencapai kedudukan itu.

12. Saudara mestilah bersifat adil dan menghukum dengan betul dalam semua keadaan, kemarahan tidak seharusnya melupakan kebaikan orang, keredhaan tidak seharusnya melupakan kejahatan orang, permusuhan saudara tidak seharusnya membuat saudara lupa kepada kabaikan orang dan berkata benarlah sekalipun terhadap diri sendiri dan terhadap orang yang paling karib dengan saudara sekalipun perkara itu pahit.

13. Saudara mestilah banyak mempunyai kegiatan, terlatih dengan kerja-kerja khidmat masyarakat, saudara merasakan bahgia dan gembira apabila saudara dapat memberikan sesuatu kepada orang lain. Oleh itu saudara hendaklah menziarahi pesakit. Membentu orang orang yang memerlukan bantuan, menolong orang-orang lemah, membelai pujuk mereka yang ditimpa kemalangan walau hanya demean menuturkan dengan kalimah-kalimah yang baik dan saudaara sering berinisiatif untuk melakukan kabaikan.

14. Saudara mestilah  berhati lembut, pemurah, penganpun, berlemah lembut, belas kasihan terhadap ionsan dan haiwan, pergaulan yang baik baik hubungan demean semua orang, memelihara adab-adab Islamiah dalam masyarakat, demean itu saudara belas kesihan dengan anak-anak kecil, menghormati orang tua-tua, melapangkan tempat duduk dalam majlis, tidak mengintif rahsia orang, tidak mengumpat, jangan meninggikan suara minta izin masuk dan keluar.

15. Saudara mestilah cekap membaaca dan mencatatkan tulisan. Saudara juga mestilah membanyakkan membaca risalah-risalah Ikhwan Muslimin, akhbar dan majalah mereka. Saudara mestilah mempunyai perpustakaan khusus sekalipun kecil, Saudara mestilah memperluas ilmu dan bidang pengkhususan saudara sekiranya saudara mempunyai ikhtisas tertentut. Saudara mestilah memahami permasalahan-permasalahan Islam dalam bentuknya yang umum sehingga saudara dapat menggambarkannya dan menentukan hukumnya sejajar dengan tuntutan fikrah.

16. Saudara mestilah melakukan kerja-kerja yang mendatangkan penghasilan, walaupun saudara kaya. Saudara mestilah mengutamakan kerja-kerja yang bebas sekalipun kecil, saudara mestilah menumpukan diri saudara kepada kerja-kerja tersebut sekalipun kemampuan ilmiah saudara jauh tinggi.

17. Saudara janganlah menjawat jawatan kerajaan. Saudara mestilah menanggapinya sebagai sumber rezeki yang paling sempit, tetapi saudara jangan menolaknya apabila diberi peluang. Saudara jangnlah melepaskannya kecuali pekerjaan itu benar-benar bertentangan dengan kewajipan-kewajipan dakwah.

18. Saudara mestilah benar-benar mengmbil berat dalam menunaikan perkerjaan saudara, baik dari sudut melakukannya yang baik, memperkemaskannya, tidak menipu dan menjaga waktu.

19. Saudara mestilah meminta hak saudara dengan baik. Saudara mestilah menunaiakan hak orang lain demean sempurna, tidak kurang, tidak payah diminta dan tidak melambatkannya samasekali.

20. Saudara mestilah menjauhi segala bentuk judi walau apapun tujuan di sebaliknya. Saudara mestilah menjauhi sumber-sumber pendapatan yang haram walau bagaimanapun keuntungan yang diperolehi dari sumber itu.

21. Saudara mestilah menjauhi riba dalam semua bentuk muamalah dan urusan. Saudara mestilah membersihkan diri dari riba samasekali.

22. Saudara mestilah memberi khidmat kepada usaha-usaha meningkatkan kekayaan Islam secara umum dengan memberikan galakan kepada hasil-hasil pengeluaran dan institusi-institusi ekonomi Islam. Saudara mestilah mengawasi agar satu sen pun wang saudara tidak jatauh ke tangan orang bukan Islamwalau bagaimanapun keadaan yang saudara hadapi. Saudara jangan sekali-kali memakai dan memakan kecuali barangan-barang keluaran Islam.

23. Saudara mestilah memberikan saham dari sebahagian saudara untuk dakwah. Saudara mestilah mengeluarkan zakat yang wajib dari harata saudara.   Saudara mestilah menguntukkan sebahagian harta saudara sebagai hak kepada mereka yang meminta dan mereka yang serba kekurangan walau bagaimanapun sedikitnya pendapatan saudara.

24. Saudara mestilh menyimpan sebahagian dari pendapatan saudaar untuk sesuatu kecemasan yang tiba-tiba sekalipun sediki. Saudara janganlah samasekali berlebihan dalam benda-benda mewah.

25. Saudara mestilah bekerja sedaya upaya yang mampu untuk menghidupkan ada resam Islamiah dan menghapuskan adat resam masyarakat yang tidak Islamiah dalam kehidupan lahirian. Di antara adat resam dan kebiasaan tersebut ialaj memberi salam, penggunaan bahasa, haribulan, pakaian perkakas dan alat perabot, masa kerja dan rehat makan minum adat semasa datang dan pergi adat-adat semasa suka dan duka. Saudara mestilah sedapat mungkin mengikuti sunah Rasulullah saw dalam semua perkara ini.

26. Saudara mestilah memulaukan mahkamah-mahkamah tempatan dan semua mahkamah-mahkamah yang tidak Islamiah. Saudara juga mestilah memulaukan akhbar-akhbar, majalah-majalah sekolah-sekolah, institusi institusi yang menentang fikrah Islamiah.

27. Saudara mestilah muraqabah terhadap Allah, mengingati akhirat, bersedia untuk menghadapinya, melalui peringkat-peringkat perjalanan menuju keredhaan Allaah dengan penuh keazaman dan himmah yang tinggi. Saudara mestilah menghampirkan diri kepada Allah demean melakukan ibadah-ibadah sunat yang terdiri dari solat qiamullail, puasa paling kurang tiga hari dalam sebulan, membanyakkan zikir hati dan lisan dan memilih doa yang masyhur dalam semua keadaan.

28. Saudara mestilah menjaga kebersihan dan sentiasa dalam keadaan berwudhuk.

29. Saudara mestilah memperelok solat dan sentiasa melakukannya dalam waktunya. Saudara mestilah mengambil berat melakukan solat berjamaah di masjid sedaya yang mampu.

30. Saudara mestilah berpuasa Ramadhan, menunaikan Haji sekiranya mampu dan saudara hendaklah melakukannya sekarang jika saudara telah berkemampuan.

31. Niat untuk perang jihad dan mati shahid tidak terpisah dari diri saudara dan saudara mestilah membuat persiapan untuk menghadapinya sedaya yang mampu.

32. Saudara mestilah sentiasa memperbaharui taubat dan istighfar. Saudara mestilah menjauhi dosa-dosa kecil, lebih-lebih lagi dosas besar. Saudara mestilah menetukan satu masa sebelum tidur untuk melakukan muhasabah tentang perkara-perkara yang saudara lakukan, samaada baik atau jahat.  Saudara mestilah menjaga waktu, kerana masa itulah kehidupan, oleh itu saudara jangan menggunakan sedikitpun masa saudara kepada perkara-perkara yang tidak berfaedah. Saudara mestilah bersifat wara’ terhadap sebarang perkara syubhat supaya saudara tidak terjatuh kepada perkara yang haram.

33. Saudara mestilah mujahadah ke atas diri saudara sekeras-kerasnya supaya saudara mudah memimpinnya. Saudara mestilah menundukan pandangan, mengekang emosi, melawan dorongan-dorongan naluri semula jadi yang terdapat pada diri saudara, Saudara mestilah meletakkannya sentiasa berada di tingkat yang tinggi, tingkat yang halal dan baik, Saudara mestilah memisahkannya dari yang halal di mana sahaja.

34. Saudara mestilah menjauhi samasekali arak, bahan-bahan yang memabukkan, bahan yang melemahkan akal dan semua ahan-bahan yang digolongkan kedalam perkara-perkara tersebut.

35. Saudara mestilah menjauhi teman-teman jahat, kawan-kawan yang rosak (akhlak), tempat-tempat maksiat dan dosa.

36. Saudara mestilah memerangi tempat-tempat biburan, lebih dari itu saudara janganlah menghampirinya. Saudara hendaklah menjauhi kemewahan-kemewahan zahir dan segala bentuk yang menunjukkan keadaan senang lenang.

37. Saudara mestilah mengenali dengan sempurna anggota katibah (cawangan) saudara seorang demi seorang. Saudara juga mestilah memperkenalkan diri saudara dengan sempurna kepada mereka. Saudara mestilah menunaikan hak-hak persaudaraan. Di antara hak-hak persaudaraan ialah kasih sayang, penghargaan, pertolongan, mengutamakan mereka dari diri saudara sendiri dan saudara mestilah menghadiri perhimpunan-perhimpunan mereka, saudara tidak seharusnya ketinggalan kecuali kerana uzur yang memaksa. Saudara mestilah sentiasa mengutamakan mereka dalam muamalah saudara dengan mereka.

38. Saudara mestilah menghentikan hubungan saudara dengan mana-mana institusi-institusi atau jamaah di mana hubungan saudara dengannya tidak membawa muslihat kepada fikrah saudara, lebih-lebih lagi apabila saudara diarahkan berbuat demikian.

39. Saudara mestilah bekerja untuk menyebarkan dakwah saudara di mana sahaja. Saudara mestilah melaporkan setiap situasi kepada qiyadah. Saudara janganlah melakukan kerja-kerja yang akan memberi kesan dasar (kepada jamaah) kecuali dengan mendapat izin.

40. Saudara mestilah sentiasa mempunyai hubungan ruh dan amali dengan jamaah. Saudara mestilah menganggap diri saudara tentera yang berada di markas yang sentiasa menunggu perintah.

 

 

 

                                                                               

Dengan kefamanan yang lengkap dan tepat terhadap 10 rukun baiah ini maka saudara akan faham ungkapan di bawah ini iaitu:

 

1.      Allah matlamat (tujuan) kita (الله غايتنا)

2.      Rasulullah saw. Pemimpin kita (الرسول قدوتنا)

3.      Al-Quraan Perlembagaan kita (القران شرعتنا)

4.      Jihad Jalan kita (الجهاد سبيلنا)

5.      Mati Syahid cita-cita kita (الشهادة أمنيتنا)

 

 

Oleh itu kepada setiap ahli harakah Islamaiah dapat memahami rungalingkup kerja-kerja persediaan bagi menyediakan diri sebagai ahli jamaah yang dapat memikul tanggunjawab dan penerus perjuangan jihad ini.

            Bagi melaksanakan kefahaman kepada setiap ahli jamaah harus ada cara-cara yang tertentu dan bersistematik untuk mendapatkan kesan yang maksima. Sekali lagi kita mengambil cara contoh Jamaah Ikhwan dalam mendidik ahli-ahlinya ia itu melalui berbagai cara antaranya ialah Majlis-Majlis Usrah, di sana ada banyak program-program pembinaan harakah Islamiah yang boleh mencapai kepada tujuan dan matalamt Harakah Islamiah.

 

            System Usrah ini juga mempunyai garis panduannya yang tersendiri iaitu di sebut Rukun Usrah iaitu  1. At-Taafuf (التعارف ) 2. At-Tafaahum (التفاهم) 3. At-Takaaful (التكافل)

            Program usrah ini mempunyai banyak tujuan dan matalamat selain dari berkenal-kenalan (التعارف ), saling memahami di antara ahli (التفاهم) serta saling membantu sesama ahli (التكافل), usrah juga dapat mengisi program tarbiah kepada ahli termasuk mendalami ilmu dan menguatkan persaudaraan Islam (الاخوة الاسلامية  ), juga ia dapat mendidik rohani dan jasmni bagi persediaan dalam medan jihad.

            Selain dari program usrah di sana ada lagi program-program tarbiah yang lain yang dapat memberi kefahaman setiap ahli kepada Islam dan perjuangan Islam seperti tamrin, rehlah, seminar, program ziarah, qiyamul-lail dan sebagainya bertujuan bagi melengkapkan anggota jamaah sebagai seorang mujahidin yang lengkap persediaanya dari aspek jasmani dan rohani.

            Peroses tarbiah ini bermula dari pringkat individu, keluarga, masyarakat dan negara. Pembentukan individu muslim merupakan keutamaan pertama dalam proses tarbiah ini. Oleh sebab itulah rukun baiah merupakan syarat pertama dan utama untuk tindakan pengislahan individu, institusi dan seterusnya sehingga tertegaknya Negara Islam. 

           

            Keyakinan saudara dalam baiah ini mewajibkan anda sebagai anggota Jamaah Islamiah untuk menunaikan kewajipan-kewajipan berikut supaya anda menjadi seorang anggota yang benar-benar bekerja di dalam medan juang ini.

 

 

Sumber:

 

 

1. Risalah Ta’lim oleh As-Syahid Hassan Al-Banna

 

           

 

           



[1] Kalimat Jamaah juga bermakna pertubuhan. Kalimah harakah pula bermakna pergerakan. Harakah Islamiah merupakah suatu wadah Islamiah yang menjdi penerus kepada perjuangan Para Rasul, anbia’ dan mujahidin di sepanjang zaman bagi menegakkan kembali system hidup Islam dan  membelan kesucian dan kemurniannya.

Berbagai pendekatan, jalan dan uslub telah dan sedang di laksanakan oleh Beberapa Gerakan Islam di dunia seperti Ikhwan Muslimin, Hamas, Abim, Jim, Pas dan sebagainya. Pendekatan dakwah dan tarbiah yang bersifat syumul merupakan jalan yang jitu iaitu dakwah yang merangkumi jihad dalam semua aspeknya.

Ini penting kerana pendekatan politik bukanlah satu-satunya jalan untuk mencapai matlamat harakah, ia merupakan jalan yang bersifat sementara. Pendekatan hakiki dalam perjuangan menegakkan Islam ini ialah jalan dakwah, tarbiah dan jihad sebagaimana yang di lalui oleh Rasulullah saw. dan para sahabatnya.

            Pendekatan dakwah dan tarbiah dalam makna yang luas dan lengkap adalah suatu pendekatan yang sah dan benar, ia sangat penting dan mendasar, jalan ini perlu di fahami dan di hayati oleh setiap pendukung harakah Islamiah. Pendekatan kekuatan adalah jalan terakhir apabila semua jalan-jalan lainnya telah tertutup.

            Kalaupun jalan kekuatan ini hendak di gunakan, Dalam peringkat awal penggunaan kekuatan bermaksud kekuatan iman dan kekuatan akhlak dalam rangka pembentukan peribadi muslim sebagai asas binaan dalam menuju kekuatan Harakah Islamiah yang menjadi tunggak jihad Islam. Tarbiah adalah proses yang sangat penting untuk melayakkan seorang anggota gerakaan Islam yang matang dan mantap serta istiqamah.

            Apa yang paling penting ialah semua pendekatan-pedekatan itu tidak lari dan terkeluar dari Manhaj Perjuangan Rasulullah saw.

  

[2] Manhaj Imam Hassan Al-Banna ini telah pun di laksnakan dengan bersungguh-sunggu dalam Jamaah Ikhwanul Muslimin di Mesir dan pada hari fikrah dan manhaj ini bukan sahaja tersebar di negara-negara Asia Barat tetapi ia telah juga menjangkau keseluruh dunia.

[3] Jamaah Islamiah sebagaimana yang di sebut oleh Said Hawwa dalam kitab Ufuk Risalah Ta’alim ialah Jamaah yang mempunyai qiadah yang bijaksana,munculdari satu sah yang bijak, di bawah syura Islamiah, Jamaah muslimin ialah jamaah yang bersifat dengan sifat-sifat Islamaiah tulin tidak di tambah dengan sifat lain. Ia sentiasa merubah, memperkembang atau mempelupuri di bawah naungan sifat-sifat tersebut. Jamaah muslim ialah jamaah yang bekerja untuk menegakkan Islam secara keseluruhan dalam lingkungan individu, keluarga, bangsa, dan dunia antarabangsa. Jamaah Islamiah ialah jamaah yang memahami Islam dan beriltizam dengannya mengikut cara yang dilakukan oleh Rasulullah saw dan para sahabatnya. 

[4] Manhaj/System/Garis Panduan. Di dalamnya mengadungi berbagai teori dan amali dalam usaha menegakkan Islam dari usaha pembentukan peribadi muslim sehingga tertegaknya Daulah Islamiah. 

[5] Imam As-Syahid Hassan Al-Banna

[6] Sekalipun terdapat di sana banyak jamaah Islamiah yang tumbuh dan ujud di seluruh dunia dengan berbagai nama, namun dari segi jamaah yang mendekati kepada kesempurnaan tidak ada yang lebih baik  dan lebih sempurna dari Jamaah Ikhwan Al-Muslimin.  (جماعة الاخوان المسلمين) 

[7] Lihat Marhalah-Marhalah yang dilalui oleh setiap anggota harakah Islamiah dalam Rukun Baiah Ke 6 iaitu rukun Taat.

[8] Dalam tahap pertama yang mesti di sempurnakan oleh setiap anggota ialah tahap Pembentukan Peribadi Muslim شخصية الاسلامية  kemudian baharulah melangkah ke kedua dan tahap-tahap yang lain seterusnya. 

[9] Iaitu generasi Sahabat ra. yang berjuang bersama-sama dengan Rasulullah saw.

[10] Maksud  (  البيعة  )  ialah janji setia (Aku Janji) seseorang anggota kepada Jamaah Islamiah untuk melaksanakan dengan rela tugas dan kerja-kerja Islam dan Jamaah.

[11] Seperti Jawatan Khalifah, Imam, Amir, dan jawatan-jawatan yang memegang dan mengendalikan polosi Negara.

[12] Kerajaan yang berbentuk Demokrasi atau Beraja

[13] Sibghah bermaksud Iman kepada Allah yang tidak disertai sebarang syirik