CYBER KEFAHAMAN ISLAM
 

BAHAGIAN PERTAMA

 

BAB KE LIMA
 

PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN IMAN DAN ISLAM

Mukadimah

Iman dan kafir adalah dua hakikat yang bertentangan dan tidak bercampur antara satu dengan yang lainnya dan dua perkara yang bercanggah ini tidak akan berada di dalam hati manusia yang satu, ini bermakna apabila hati itu menerima keimanan ia akan membuang kekafiran dan apabila ia menerima kekafiran ia akan membuang keimanan.

Adanya satu bahagian dari kekafiran dalam hati seseorang itu akan membinasakan iman seluruhnya, kerana iman itu suatu unit kesatuan.

Firman Allah swt. maksudnya: "Allah tidak menjadikan dua hati (budi) seorang dalam rongga dadanya". (al-Ahzaab: 4)

Simpulan iman adalah suatu simpulan yang tetap tidak ada siapapun yang boleh menghuraikan simpulan itu kecuali dirinya sendiri atau Allah swt. yang menca-but iman dari diri seseorang itu.

Berdasarkan kepada hakikat ini tidak ada siapapun juga dari kalangan manusia yang boleh menghukum kafir kepada seseorang yang beriman, kerana perbuatan yang demikian itu seolah-olah ia telah memutuskan tali akidah keimanannya dari hati seseorang sedangakan pada hakikatnya tidak demikian.

Oleh yang demikian perkara ini telah ditegaskan oleh baginda Rasulullah saw. kepada sesiapa yang mengatakan kepada orang mukmin itu kafir maka kata-kata itu akan kembali kepada salah seorang dari keduanya, sama ada yang menuduh atau yang dituduh.

Jika kata-kata itu menepati dengan yang sebenar maka yang menjadi kafir kepada yang dituduh, jika sekiranya tidak, hukum kafir itu akan kembali kepada yang menuduh.

Menghukum kafir kepada orang mukmin lain adalah perbuatan yang sangat merbahaya dan besar akibatnya. Tetapi tidaklah pula ini bererti Islam tidak membolehkan kita mengatakan atau menghukum seseorang itu kafir, ia dibenarkan dengan syarat tidak menghukum mengikut kemahuan hawa nafsu semata-mata tetapi hendaklah berdasarkan kepada keyataan dan dalil-dalil yang jelas dari al-Quran dan as-Sunah melalui saluran-saluran dan peraturan-peraturan yang tertentu.

Seseorang itu boleh menjadi kafir dengan tiga sebab:

1.     dengan sebab iktiqad (keyakinan hati)

2.     dengan sebab lidah (perkataan)

3.     dengan sebab perbuatan (amalan)

1. Perkara-perkara yang berhubung dengan kepercayaan atau iktikad

1.1. Perkara yang berhubung dengan ketuhanan

1.2. Perkara-perkara yang berhubung dengan Kenabian.

1.3.Perkara yang berhubung dengan alam ghaib yang thabit dengan dalil qat'ie di antaranya ialah:

1.4. Perkara yang berhubung dengan hukum Syarak yang telah thabit kebenarannya dengan dalil

yang qat'ie dan termaklum secara daruri di antaranya ialah:

2. Perkara yang berhubung dengan pengucapan atau perkataan

Apa yang dimaksudkan dengan pengucapan ialah setiap perkataan atau ucapan yang mengandungi pengakuan atau pengiktirapan kepada kepercayaan atau keyaki-kinan yang menyebabkan kafir, atau yang mengandungi keingkaran dan pendustaan kepada akidah Islam yang jelas yang diketahui secara dharuri atau yang thabit dengan dalil qat'ie ataupun perkataan yang mempersenda-sendakan hukum Islam termasuk juga kata-kata yang meragukan kebenaran dan keadilannya.

Contohnya seperti berkata: "Hukum Hudud tidak sesuai lagi dilaksanakan sekarang ini" Atau berkata: "Hukum Islam sudah lapuk, kolot, Hukum Islam zalim".dan sebagainya.

Sesiapa yang mengeluarkan perkataan yang demikian sedangkan ia tahu dan faham serta sedar kata-kata yang demikian itu boleh menjadi rosak dan terbatal Iman dan Islamnya; serta tanpa ada apa-apa paksaan ke atasnya maka ia telah menjadi kafir.

3. Perkara-perkara yang berhubung dengan perbuatan. Apa yang dimaksudkan dengan dengan perbuatan ialah setiap perbuatan yang dengan jelas menunjukan keingkaran dan pendustaan terhadap akidah Islam atau perbuatan yang telah dinaskan oleh syarak bahawa pelakunya menjadi kafir, di antaranya ialah:

Sujud kepada sesuatu yang mengandungi tanda-tanda penghormatan dan pengagungan serta pemujaan dan penyembahan terhadapnya.

Memakai salib lambang agama Kristian atau memakai mana-mana lambang agama yang menjadi syiar agama tersebut yang menunjukkan ia suka dan rela terhadap agama tersebut atau menunjukkan perhoramatan dan pengagungan terhadap agama itu, maka ia boleh menjadi rosak iman dan Islamnya.

Sesiapa yang melakukan perbuatan seperti itu dengan rela hati tanpa ada sebarang paksaan dan ia tahu perbuatan tersebut boleh menjadi terkeluar dari agama Islam, maka ia telah menjadi kafir. Wallaahu A'lam.
 
 

Ahad, 16 Oktober, 2005

---oOo---